Masa Itu Nyawa Pinjaman Allah

Thursday, November 10, 2011

Prasasti- prasasti

Prasasti Dong Yen Chau,Vietnam

Batu bersurat atau  prasasti ini amat penting,pertamanya ia memberitahu kita bahawa suku Cham yang pernah mendirikan kerajaan Champa yang terkenal itu adalah dalam rumpun Melayu dan keduanya,ini adalah bukti paling terawal yang diketahui bahasa Melayu tercatat pada prasasti.Sebelum ini sejarahwan barat mengenal Prasasti Kedukan Bukit yang ditemui di Sumatera sebagai bukti terawal prasasti berbahasa Melayu.

Ini dia,Prasasti Dong Yen Chau,Vietnam:


"Siddham! Ni yan Naga pun putauv, ya uran spuy di ko, kurun ko jmay labuh nari svarggah, ya uran peribhu di ko, kurun saribu tahun ko davam di naraka, dnan tijuh kulo ko"


Perhatikan beberapa perkataan Melayu purba yang masih digunakan sehingga ke hari ini,saya pernah sebut sebelum ini:

uran=orang
yan=yang
pun=pun
kurun=kurun
saribu=seribu
tahun=tahun
davam=diam
di=di
naraka=neraka
dnan=dengan
tijuh=tujuh
ni=ini


Prasasti ini berusia kira-kira abad ke-4 Masehi.Sebenarnya saya ada terbaca dalam jurnal sejarahwan Vietnam tentang prasasti Cham lebih awal dari itu,iaitu berusia abad ke-2 Masehi namun mungkin belum sampai ke pengetahuan pengkaji kita.Prasasti ini adalah paling tua dalam sejarah Indochina dan mengatasi apa jua prasasti Khmer,Mon,Burma,Dai-Viet,Lao mahupun Thai.Yang paling dekat dengan bahasa Melayu suku Cham ini adalah bahasa Mon dan Khmer di mana prasasti tertua masing-masing berusia abad ke-6 Masehi.Prasasti bahasa Burma seawal abad ke-11.Prasasti Thai abad ke-13.Dai-Viet pula dikesan menuliskan bahasanya seawal abad ke-15,di mana sebelum itu kemungkinan menggunakan bahasa-bahasa Cina era klasik.Sebab itu dalam sejarah bahasa di Indochina dan Asia Tenggara,bahasa Melayu dikategorikan dalam kumpulan 'ancient language' dan seringkali suku Cham dinamakan sebagai 'ancient nation'.Dari prasasti ini juga kita tahu bahawa bahasa yang digunakan oleh suku Cham dan kerajaan Champa pada masa dahulu adalah serumpun dengan bahasa yang juga digunakan oleh Empayar Sriwijaya (prasasti tertua berusia abad ke-7 Masehi).Cham adalah 'indigenous' Indochina dan rekod kewujudan orang Cham lebih awal dari orang Khmer berdasarkan bukti dari riwayat Khmer sendiri yang mengatakan ketika Kaundinya (bapa orang Khmer yang menurunkan bangsa Khmer) tiba ke Kampuchea (Kemboja),beliau telah bertemu dengan 'Cham King'.Legenda mengatakan bahawa raja-raja Cham dahulunya bertempat di Champassak iaitu di Laos sekarang dan candi-candi purba di sana dikatakan dibina oleh orang Cham bukan Khmer.Riwayat diraja Khmer melalui ulasan  pengkaji Perancis mencatatkan kehadiran raja Cham dalam riwayat Kemboja ialah diperkirakan seawal 500 Sebelum Masehi dan ini adalah era Cyrus The Great!

Raja-raja Melayu sama ada dari Sumatera atau di tanah besar Asia (Indochina dan semenanjung) mempunyai standard tersendiri dalam mengabadikan kerajaan mereka.Mereka pasti memahatkan kewujudan kerajaan mereka dalam bahasa Melayu Kuno.Inilah kepentingan prasasti.Kamu anak-anak Melayu semua wajib kenal semua prasasti-prasasti ini.Prasasti ni sebagai 'senjata' untuk menangkis apa jua pembohongan sejarah.Nenek moyang telah bersusah payah mengabadikan bahasa dan sejarah bangsa pada batu bersurat;seakan kapsul masa pada hari ini.Jika anda semua belum nampak,saya akan ajukan satu kajian kes.Mangsa kajian saya kali ini ialah penulis Tausug Global iaitu Asreesulu.Maaflah ye sebab nak buktikan bahawa dengan adanya prasasti,maka kita boleh lihat siapakah yang berpijak di bumi dan siapakah yang berangan-angan.

Asreesulu mendakwa kerajaan Zabag yang bertempat di Suvarnadvipa,yang dilaporkan oleh dua pengembara Arab,Al-Biruni dan Mas'udi (masing-masing pada tahun 1030 M dan 943 M) adalah merujuk kepada kerajaan Tausug dan orang Tausug.Catatan dua pengembara itu ialah pada abad ke-10 dan ke-11 Masehi dan ini adalah zaman kerancakan empayar Sriwijaya.Kerajaan ini dikatakan menguasai Laut Champa.Laut Champa adalah nama lama bagi Laut China Selatan.Untuk menapis kenyataan ini,kita boleh buat ujian pertanyaan:

1-Adakah kerajaan Zabag yang hebat itu ada mengeluarkan prasasti berbahasa Tausug dan ditulis dalam tulisan Lontarsug?

2-Adakah kerajaan Zabag (Tausug) itu ada menghantar duta-duta ke negeri sekitarnya seperti China?Jika ada apakah sebutan China terhadap orang Tausug?

3-Adakah nama Tausug itu ada disebut dalam riwayat bangsa-bangsa lain?

Ok,cuba buka peta dan lihat laut Champa yang dikatakan terletaknya kerajaan Zabag:


  Dari geografi pun kita tahu bahawa lebih baik kerajaan Zabag duduk kat Borneo,semenanjung atau Sumatera kerana ketiga-tiga kawasan ini adalah laluan antarabangsa antara India ke China.Buat apa menyorok kat Kepulauan Sulu?Kerajaan Zabag akan bangkrup kalau duduk kat Sulu sebab hasil perdagangan dicantas oleh pelabuhan-pelabuhan kerajaan di Sumatera dan Semenajung.Sudah tentu kerajaan Zabag kaya-raya kerana perdagangan antarabangsa,bukan hanya merompak dan melanun.Lu fikirla sendiri.

Ok,sambil menanti-nanti saudara Asreesulu mengarang cerita dok muhong,biar saya beritahu kat belakang:

1-Kerajaan Zabag jadi-jadian Tausug tidak ada sepatah haram pun prasasti.Prasasti tertua di Filipina dan Sulu adalah Laguna Copperplate,hasil keluaran kerajaan Medang di bawah pemerintahan dinasti Sailendra.Sailendra adalah dinasti Melayu yang juga pernah memerintah Sriwijaya.Laguna Copperplate ditulis dalam bahasa Melayu Kuno dengan kehadiran istilah Sanskrit,Jawa Kuno dan Tagalog Kuno (bukan Tausug ye).

2-Kerajaan fantasi Tausug ini tiada pernah didengar oleh mana-mana kerajaan.Raja China pun tidak pernah menerima duta Tausug.Kerajaan Melayu memang ada,di mana di dalam rekod China di sebut Mo-lo-yu,Ma-li-yuer,Bok-lo-yu mengikut sebutan dinasti-dinasti China yang berbeza.Kalau orang Tausug ada menghantar duta,ia kemungkinan disebut Tao Sup dalam rekod China.Tapi minta maaflah,nama anda tiada dalam carta.Raja China ke India ke tak kenal siapa Tausug.

3-Sepanjang kajian sejarah,TIADA.Asreesulu pun tak berani nak petik riwayat Mon ke,Khmer ke,Thai ke atau sebagainya yang menyebutkan pasal Tausug.Dah tu memang takde.Asreesulu hanya berani memutarbelitkan catatan umum para pengembara atau para imperialis Barat berkenaan Asia Tenggara dan kerajaan-kerajaannya,di mana catatan itu didakwanya bersangkut paut dengan Tausug,padahal tidak.

Adakah kerajaan Zabag itu berkaitan dengan orang Melayu dan empayarnya?Mari kita lihat.

1-Sekitar abad ke 10 dan 11 terdapat beberapa buah prasasti yang dipahat oleh dinasti-dinasti besar Melayu Asia Tenggara.Laguna Copperplate oleh dinasti Sailendra dari kerajaan Medang (Mataram Kuno),tahun 900 Masehi.Prasasti Grahi pada tahun 1183 Masehi diukir oleh Maharaja Dharmasraya,Maharaja Srimat Trailokyaraja Maulibhusana Warmadewa,waris Sriwijaya yang mengambilahlih seluruh wilayah kekuasaan Sriwijaya.Prasasti ini ditulis dalam bahasa Khmer.Prasasti Hujung Langit tahun 997 Masehi yang berisi urusan pemberian tanah,ditulis dalam bahasa Melayu Kuno.Ini prasasti yang bersangkutan dengan tiga dinasti Melayu iaitu Sailendra,Sriwijaya dan Mauli yang ada kaitan dengan empayar Sriwijaya.Saya tak masukkan lagi prasasti-prasasti sebelumnya seperti Kedukan Bukit,Kota Kapur,Gandasuli,Talang Tuwo,Ligor,Nalanda dan lain-lain.Ini semua prasasti raja-raja Melayu purba,majoriti ditulis dalam bahasa Melayu Kuno.

Jadi sekarang siapa yang berangan?Kerajaan sehebat Zabag tiada prasasti langsung dalam bahasanya sendiri iaitu Tausug?Malas menulis?Alasan yang akan digunakan oleh Asreesulu adalah dengan mendakwa raja Tausug menulis prasasti dalam bahasa Melayu kerana ia bahasa perdagangan.Ini sama seperti alasan Siam Mongol.Raja Jawa pun tulis prasasti dalam bahasa Melayu tapi mereka tulis juga dalam bahasa Jawa.Raja Sunda dan Aceh pun sama.Mereka masing-masing ada prasasti dalam bahasa suku sendiri.Jadi apa masalahnya?

2-Sekitar abad ke 10 dan 11,negeri China telah menerima banyak utusan dari Sanfotsi,iaitu Sriwijaya.Sanfotsi adalah sebutan China bagi Sanjaya,iaitu cabang keluarga Sailendra.Sebutan Sanfotsi digunakan setelah dinasti Sailendra mengambilalih kuasa pentadbiran dari dinasti Sriwijayamala,yang disebut sebagai 'Shih-li-fo-shih'.Sriwijaya menghantar duta pada tahun 960,962,980-983,988-992-1003,1008,1017 dan seterusnya.Sriwijaya juga menghantar para pelajar,pedagang dan duta ke kerajaan-kerajaan di India.Sehingga di Nalanda,India dijumpai satu prasasti tembaga padu yang mahal buatannya terpahat nama Balaputradewa,raja Sriwijaya dari dinasti Sailendra.Rekod-rekod duta ini penting kerana ia menunjukkan sesuatu kerajaan itu diketahui kewujudannya oleh kerajaan lain.Kerajaan yang tak menghantar duta ke negeri lain adalah kerajaan orang gua yang tak tahu hidup bermasyarakat.Orang lain pun tak peduli pasal dia,dia pun buat hal sendiri.

Seperkara yang menarik,kerajaan 'Prester John' yang hantar utusan kepada Muawiyah dan Umar Abdul Aziz, iaitu khalifah Bani Umayyah,yang di dalam suratnya memberitahu kerajaannya amat besar di Timur dan mengausai lautan adalah utusan kerajaan Sriwijaya.Maharaja ketika itu ialah Indravarman.

3-Carilah...di mana-mana dalam riwayat Khmer,Mon,Thai,Jawa dan lain-lain,nama Tausug dan Sulu memang tiada.Catatan tentang Sulu dan penduduknya hanya selepas era imperialisme.Catatan lain pun kerana ada satu-satunya kerajaan Tausug yang ada iaitu Kesultanan Sulu.Kesultanan ini wujud pun selepas diIslamkan oleh orang Melayu Johor peranakan Arab.Selepas masuk Islam dan dapat merasa jadi orang bertamadun,barulah boleh buka kerajaan.Sebelum itu satu dunia pun tahu,penduduk Sulu adalah lanun-lanun primitif.Asreesulu pun mengaku malah berbangga lagi.Ini pun ada hati nak dakwa Zabag itu Tausug?

Namun nama 'Malayu' itu jelas terpahat dalam prasasti,rekod dan manuskrip.Setakat ini setahu saya ada dua prasasti di Asia Tenggara yang terpahat amat jelas ejaan 'Malayu' itu.Pertama Prasasti Tembaga Jaya Singa Himat keluaran sekitar abad ke 10-13 Masehi,berbahasa Melayu Kuno.Kedua Prasasti Hanchey berusia abad ke-6 Masehi di Kemboja yang bertulisan Khmer dalam bahasa Khmer Kuno campur Sanskrit.Manakala di dalam manuskrip,jumlahnya amat banyak.Tidak termasuk pelbagai variasi sebutan mengikut dinasti di China dan sebutan rekod Tamil,Sinhala,Pali dan Sanskrit.Dalam rekod Jawa lagilah banyak.Dalam kakawin-kakawin era Majapahit memang tercatat kata 'bhumimalayu' dan 'malayupura'.Dalam rekod Thai terutama era Ayutthaya pun ada,tambahan pula bahasa Melayu antara bahasa pengantara dalam istana Ayutthaya.Ini saya ambil dari tesis oleh Davisakd Puaksom untuk Doktor Falsafahnya di Universiti Nasional Singapura.Beliau telah menemui banyak bukti mengejutkan tentang pengaruh bahasa Melayu sebagai lingua franca di dalam istana Ayutthaya.Maaflah bahasa Tausug tiada tempat dalam istana raja Siam.

Kesimpulannya,melalui prasasti,manuskrip dan rekod,kita mampu tersenyum megah dan hanya melihat gelagat para pembohong sejarah terkinja-kinja di hadapan kita.Modal mereka air liur dan cerita fantasi mereka.Kita ada prasasti,rekod dan manuskrip.Hanya orang gila sahaja yang menafikan kepentingan prasasti dan manuskrip.Tamadun yang malas menulis dan mencatat adalah tamadun orang gua dan monyet-monyet.Kita punya tamadun yang menulis dan mencatat.Kita setaraf tamadun Sumeria,Mesir Purba,China dan Lembah Indus.Semua tamadun itu meninggalkan bukti-bukti berupa rekod tulisan dan bahasa.Seluruh sarjana linguistik dan morfologi mengiktiraf prasasti-prasasti berbahasa Melayu Kuno kita.Dahulu kita penguasa seluruh Asia Tenggara.Bahawa dahulu kita punya empayar yang agung.Kita pribumi Asia Tenggara.Di sini tempat tumpah darah kita!


Sesuatu yang patut diinsafi oleh anak-anak Melayu.Kamu semua ada bukti yang kukuh,apa lagi,gunakan!!

“Telahku semahkan darah pada batu bersurat,telahku perahkan limau pada keris wasiat.Sampai masa aku bangkit untuk berjuang.Biar tulang-temulang ku remuk seribu,kulitku bercaing jantungku dihempas ke batu,namun berundur tidak walau selangkah.Ku titiskan air limau ke atas liang lukaku,biar panas mendidih segenap hanahorragha,biar bergetar segala urat-urat dan daging.Urat menjadi dawai,daging menjadi besi...darah menjadi raksa.
Ku titiskan darahku ke dalam mangkuk diraja,buat santapan putera puteri pertiwi,biar keturunannya menjadi Laksamana  riwayat terahsia,gagah melawan bala bencana,teguh menahan badai daksima.Lohor jiwa dan raga.Lohor paksi agama.Lohor segenap bangsa!”
>>Sriwijaya Mala.

.

 
Prasasti SOJOMERTO Java Tengah dan SAILENDRA
Apa itu Sailendra?Sailendra ialah nama sebuah dinasti pemerintah paling berkuasa di Asia Tenggara suatu ketika dahulu.Nama dinasti ini ditemui sejauh India,Kemboja dan Burma.Dinasti ini pernah menjalinkan tali perkahwinan dengan Sriwijayamala,sebuah dinasti pemerintah yang menubuhkan empayar maritim Sriwijaya yang terkenal itu.

Nama Sailendra ini begitu misteri dan agung sehingga para sejarahwan India dan Kemboja berebut-rebut mendakwa dinasti ini berasal dari  negara mereka.Ini kerana diyakini ketika pemerintahan dinasti ini di bawah nama empayar Sriwijaya,Borobudur iaitu candi Buddha terbesar dunia telah dibangunkan.Prestij dan kemampuan dinasti ini mengendalikan perdagangan antarabangsa antara India dan China mengagumkan banyak pemerhati sejarah Asia Tenggara.Namun anehnya,tiada prasasti atau manuskrip yang menceritakan kisah atau keturunan Sailendra dalam bahasa mereka,kecuali dalam bahasa Melayu!

Ini dia Prasasti Sojomerto,yang mengandungi nama pengasas dinasti paling agung Asia Tenggara,Dapunta Sailendra dan nama keluarganya,ditulis dalam bahasa Melayu Kuno,bertulisan Kawi,yang ditemui di daerah Batang,Jawa Tengah,Indonesia:
1.       ... – ryayon çrî sata ...
2.      ... _ â kotî
3.      ... namah ççîvaya
4.     bhatâra parameçva
5.      ra sarvva daiva ku samvah hiya
6.      – mih inan –is-ânda dapû
7.      nta selendra namah santanû
8.      namânda bâpanda bhadravati
9.     namanda ayanda sampûla
10.  namanda vininda selendra namah
11.   mamâgappâsar lempewângih

Tafsiran dalam Bahasa Melayu Moden:
Sembah kepada Siwa Bhatara Paramecwara dan semua dewa-dewa
... dari yang mulia Dapunta Selendra
Santanu adalah nama bapaknya, Bhadrawati adalah nama ibunya, Sampula adalah nama bininya dari yang mulia Selendra.

Ulasan:
Sudah tentu apabila kita berpeluang menuliskan sesuatu yang penting tentang sejarah keluarga contohnya,maka kita akan menulis dengan penuh megah dalam bahasa kita sendiri,bagi menunjukkan tradisi keluarga zaman-berzaman.Pengasas dinasti ini,Dapunta Sailendra memang bijak kerana sempat memahatkan bukti terpenting ini pada batu bersurat.Maka dinasti ini adalah tulen dari sebuah keluarga Melayu.Gelaran 'dapunta' itu sendiri adalah tradisi raja-raja Melayu Purba,sebagaimana gelaran 'dapunta' pada Hiyang Jayanasa,maharaja Sriwijaya pada Prasasti Kedukan Bukit.


Prasasti KEDUKAN BUKIT
   Batu bersurat atau prasasti yang teramat penting dalam sejarah Melayu umumnya dan sejarah Sriwijaya khasnya iaitu Prasasti Kedukan Bukit.

Prasasti ini adalah antara dokumen fizikal tertua yang merekodkan bahasa Melayu Kuno,telah dijumpai oleh seorang pegawai Belanda bernama M.Batenburg di Kampung Kedukan Bukit di Sumatera,Indonesia.Prasasti ini menjadi penting kerana di dalamnya merekodkan nama 'Srivijaya' ,sebuah empayar maritim legenda terkenal Asia Tenggara.

Ini adalah isi Prasasti Kedukan Bukit:
1.    svasti śrī śakavaŕşātīta 605 (604 ?) ekādaśī śu
2.    klapakşa vulan vaiśākha dapunta hiya<m(> nāyik di
3.    sāmvau mangalap siddhayātra di saptamī śuklapakşa
4.    vulan jyeşţha d,apunta hiya<m(> maŕlapas dari minānga
5.    tāmvan mamāva yam(vala dualakşa dangan ko-(sa)
6.    duaratus cāra di sāmvau dangan jālan sarivu
7.    tlurātus sapulu dua vañakña dātam(di mata jap
8.    sukhacitta di pañcamī śuklapakşa vula<n>...
9.    laghu mudita dātam( marvuat vanua...
10.                       śrīvijaya jaya siddhayātra subhikşa...

Tafsiran ke Bahasa Melayu Moden:
Selamat dan Bahagia!
Dalam Syaka 605
Sebelas hari Bulan Waisyaka.
Baginda naik kapal
Mencari untungnya pada tujuh hari
Bulan Jyestha, Baginda berlepas dari Muara
Tamvan membawa bala dua laksa dengan
Dua ratus pawang di kapal dengan jalan seribu
Tiga ratus sepuluh dua banyaknya. Datang di Matajap

Sukacita.
Pada lima hari Bulan
Belayar mudik datang membuat benua
Srivijaya kota yang jaya, bahagia dan makmur.


Ulasan:
Di sini kita tahu bahawa Dapunta Hiyang ialah seorang raja yang membawa balatenteranya,bertolak dari sebuah tempat bernama Muara Tamvan menuju ke Matajap.Baginda telah berlayar untuk menakluk pelabuhan-pelabuhan entreport seluruh Asia Tenggara dan menyatukan mereka ke dalam satu 'maritime federation' iaitu Sriwijaya.

 

Prasasti  GRAHI dan Khmer
Raja Melayu itu dikenalpasti oleh pakar sejarah Asia Tenggara sebagai raja pemerintah kerajaan Dharmasraya,sebuah hegemoni politik yang menguasai seluruh Sriwijaya selepas menakluk pusat pentadbiran terakhir Sriwijaya,menghalau sisa kuasa politik Chola dari Nusantara dan membuka kembali laluan perdagangan kapal-kapal dari seluruh dunia yang merentas Selat Melaka.

Kerajaan ini ada kaitan dengan penubuhan Majapahit,dengan sebahagian kerabat dirajanya adalah bangsawan dalam istana Majapahit.

Ini adalah isi yang terkandung dalam Prasasti Grahi:

... bahawa pada tahun Saka 1105 (1183), atas perintah Kamraten An Maharadja Srimat Trailokya raja Maulibhusanawarmadewa, hari ketiga bulan naik bulan Jyestha, hari Rabu, mahasenapati Gelanai yang memerintah Grahi menyuruh mraten Sri Nano membuat arca Budha. Beratnya 1 bhara 2 tula, dan nilai emasnya 10 tamlin.


Ulasan:

Gelaran 'Kamraten' adalah gelaran raja Khmer namun nama raja itu,Srimat Trailokya raja Maulibhusanawarmadewa adalah nama raja Dharmasraya dari dinasti Mauli.Ini kerana ditemui gelaran akhir yang seakan sama iaitu 'Maulibhusanawarmadewa' pada nama raja Dharmasraya yang dipahat pada Prasasti Padang Roco di Sumatera.Nama raja yang tercatat pada Prasasti Padang Roco itu ialah Srimat Tribhuwanaraja Mauli Warmadewa.

Bukti paling sahih tentang kerajaan Dharmasraya mewarisi takhta empayar Sriwijaya berserta bisnes perdagangan lautnya ialah dalam catatan pengembara China,Zhao Rugua ada menyebutkan wilayah empayar Dharmasraya ialah dari sebahagian Kemboja,Chaiya di selatan Thailand,semenanjung Tanah Melayu,Sumatera hingga ke Sunda.

Moral of the story,
raja Melayu pada zaman dahulu pernah memerintah wilayah Kemboja,atau kawasan yang berpendudukan kaum-kaum Mon-Khmer.Prasasti raja Melayu dalam bahasa Khmer ini membuktikan perkara ini.Begitu juga khazanah prasasti Angkor yang menyebutkan aktiviti raja-raja Melayu terutamanya Suryavarman I yang membina Preah Vihear itu.Sejarah Melayu memang mengasyikkan dan penuh misteri.



Prasasti Laguna Copperplate, Filipina.
Prasasti tertua pernah dijumpai di Filipina.Prasasti ini ditemui pada tahun 1989 di Laguna de Bay di Manila (nama 'laguna' ini popular gak di sini,salah satunya kat Sungai Petani,Kedah).Prasasti ini ditulis dalam huruf Kawi dalam bahasa Melayu Kuno yang bercampur istilah Sanskrit,Jawa Kuno dan Tagalog Kuno.

Ini dia Laguna Copperplate,Filipina:

Swasti Shaka warsatita 822 Waisaka masa di(ng) jyotisa. Caturthi Krisnapaksa somawara sana tatkala Dayang Angkatan lawan dengan nya sanak barngaran si Bukah anak da dang Hwan Namwaran dibari waradana wi shuddhapattra ulih sang pamegat senapati di Tundun barja(di) dang Hwan Nayaka tuhan Pailah Jayadewa.
Di krama dang Hwan Namwaran dengan dang kayastha shuddha nu diparlappas hutang da walenda Kati 1 Suwarna 8 di hadapan dang Huwan Nayaka tuhan Puliran Kasumuran
.
dang Hwan Nayaka tuhan Pailah barjadi ganashakti. Dang Hwan Nayaka tuhan Binwangan barjadi bishruta tathapi sadana sanak kapawaris ulih sang pamegat dewata [ba]rjadi sang pamegat Medang dari bhaktinda diparhulun sang pamegat.
Ya makanya sadanya anak cucu dang Hwan Namwaran shuddha ya kapawaris dihutang da dang Hwan Namwaran di sang pamegat 'Dewata'...
Ini grang syat syapanta ha pashkat ding ari kamudyan ada grang urang barujara welung lappas hutang da dang Hwa ...


Tafsiran dalam Bahasa Melayu Moden:

Swasti. Tahun Saka 822, bulan Waisakha, menurut tarikh. Hari keempat setelah bulan mati, Isnin. Di saat ini, Dayang Angkatan, dan saudaranya yang bernama si Bukah, anak-anak dari Sang Tuan Namwaran, diberikan sebuah dokumen pengampunan penuh dari Sang Pemegang Pimpinan di Tundun (Tondo sekarang), diwakili oleh Sang Tuan Nayaka dari Pailah (Pila sekarang), Jayadewa.
Atas perintahnya, secara tertulis, Sang Tuan Namwaran telah dimaafkan sepenuhnya dan dibebaskan dari hutang-hutangnya sebanyak satu Katî dan lapan Suwarna di hadapan Sang Tuan Puliran Kasumuran di bawah petunjuk dari Sang Tuan Nayaka di Pailah.
Oleh kerana kesetiaannya dalam berbakti, Sang Tuan (Yang Terhormat) yang termasyhur dari Binwangan mengakui semua kerabat Namwaran yang masih hidup, yang telah didakwa oleh Sang Penguasa Dewata, yang diwakili oleh Sang Penguasa Medang.
Ya, oleh sebab itu seluruh anak cucu Sang Tuan Namwaran sudah dimaafkan dari segala hutang Sang Tuan Namwaran kepada Sang penguasa Dewata.
(Pernyataan) ini, dengan demikian, menjelaskan kepada siapa pun setelahnya, bahawa jika di masa depan ada orang yang mengatakan belum bebas hutangnya Sang Tuan ...

Ulasan:

Prasasti ini mengandungi pengakuan perlepasan hutang.Prasasti ini menarik kerana pertamanya,ia mengaitkan masa lalu Filipina dengan kerajaan-kerajaan besar Nusantara seperti Sriwijaya dan Mataram Kuno (Medang).Ia juga memberitahu kita bahawa Bahasa Melayu adalah lingua franca Asia Tenggara.Ia juga memberitahu kita asal-usul penduduk Filipina sebelum kedatangan Sepanyol.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.