Masa Itu Nyawa Pinjaman Allah

Monday, October 10, 2011

KHUTBAH SEJARAH,PENGENALAN & ASAL USUL KU



 

<
Khutbah sejarah oleh Sriwijaya Mala
>. بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيمDibawah Tajuk: Mengapa Pentingnya kefahaman tentang sejarah
Saya mulai dengan lafaz Bismillahi Segala puji bagi Allah Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan baginda Nabi Muhammad SAW, keluarga serta sahabat-sahabat baginda. Segenap puji dan syukur di untukkan bagi Allah 'Azza wa jalla, kerana dengan taufiq dan i'nayah-Nya jualah usaha dan idea ini dapat di ilhamkan dalam memperjuangkan Agama Allah dan menyatukan perjuangan bangsa, dapat kita laksanakan bersama bagi memantapkan lagi Aqidah dan perpaduan Ummah. Marilah kita bersama sama mengeratkan silaturrahim dan elakkan perpecahan kerana kelak meruntuhkan bumi Mala tercinta...

 Mengapa Pentingnya kefahaman tentang sejarah

Apa pentingnya sejarah?Sejarah akan jadi penting apabila tanah anda dirampas tiba-tiba semata-mata faktor sejarah.Anda hidup merempat dan lebih malang apabila keluarga anda,ibu bapa anda yang telah tua,anak-anak kecil anda yang tidak tahu apa-apa dihalau keluar dari rumah.Anda akan melihat rumah anda dirobohkan oleh bulldozer.Anda tidak boleh buat apa-apa selain menangis dalam hati dengan emosi yang teramat marah.Isteri dan anak-anak anda sudah lama berendam air mata.

Katakan anda telah lama tinggal di Pulau Batu Putih.Anda seorang yang anti subjek sejarah.Ketika di sekolah dahulu,sejarah adalah subjek yang paling anda benci.Cikgu sejarah adalah manusia yang paling membosankan.Beberapa kali anda ponteng kelas sejarah sebab terlalu bosan.

Suatu hari ada seseorang datang mengetuk rumah anda dan mengatakan tanah yang anda duduk sekarang sudah jadi milik negara lain.Mengikut undang-undang negara itu,anda telah menduduki tanah tersebut secara haram dan perlu keluar dari rumah itu dalam tempoh sebulan.Anda membantah,mengatakan anda sah menduduki tanah itu dan menunjukkan segala dokumen yang berkaitan.Orang misteri itu menggelengkan kepala dan berkata segala dokumen anda sudah tidak berguna lagi kerana kini tanah anda sudah tertakluk pada undang-undang baru.Anda bertanya,mengapa?Orang itu menjawab sebab negara anda kalah dalam tuntutan ke atas pulau itu.Anda bertanya sebab apa kalah?Orang itu menjawab sebab negara anda tidak jumpa dokumen-dokumen penting (malas mencari atau dibayar untuk malas mencari?) dan menampilkan foto-foto yang di 'copy-paste' dari blog sementara negara dia mengupah jurugambar profesional.Anda terkedu mendengarnya.Lelaki misteri itu tersenyum sinis melihat mata anda terbeliak seraya berkata:

"Negara anda buta sejarah.Sebenarnya pulau anda lebih dekat dengan Johor dari negara kami.Pulau anda adalah milik Empayar Johor-Riau suatu ketika dahulu.Ketika zaman British dahulu,Johor belum lagi dinaungi British,malah hanya menerima penasihat British terlalu lewat,menjelang abad ke-20,iaitu pada tahun 1914.Ada satu dokumen yang mengesahkan pulau ini milik Sultan Johor,tetapi pasukan negara anda pemalas.Kami telah mengupah pasukan profesional terdiri dari pakar-pakar yang bertauliah dari segi sejarah dan perundangan.Pasukan negara anda pula terdiri dari penerima rasuah dan buta sejarah.Jadi siapa bodoh dia yang kena..."

Lelaki itu ketawa berdekah-dekah sambil meninggalkan anda terpinga-pinga.

Apa kepentingan sejarah?Sejarah akan jadi penting apabila anda dituduh sebagai pendatang di negara tanah tumpah air sendiri dan segala keistimewaan yang diterima oleh anda sebelum itu sebagai pribumi dicabut serta-merta.Apabila semua kaum di Malaysia sama taraf sebagai pendatang,anda akan melihat kaum anda adalah yang paling tercicir,atau bahasa kasarnya yang paling bangsat di Malaysia sebab lemah dari segi ekonomi dan tidak punya daya saing.Apabila kaum anda disama tarafkan sebagai pendatang maka raja-raja anda pun adalah pendatang!Maka institusi raja dimansuhkan dan negara anda menjadi sebuah republik.Kaum lain akan naik cepat dalam politik sebab punya BANYAK WANG.Wang tidak boleh membeli segalanya NAMUN DAPAT MEMBELI ORANG-ORANG YANG KAKI RASUAH DAN PENGKHIANAT BANGSA.Malaysia akan jadi Singapura kedua.Malangnya,sebab kaum anda masih majoriti dalam negara (selepas dicampur pribumi yang lain).

Sejarah penting sebab banyak orang yang berbohong sekarang.Anda boleh tertipu di pasar malam selepas kena kelentong dengan penjual.Sebagai contoh anda boleh tertipu membeli jam tangan yang nampak macam 'branded' tetapi selepas sebulan 'out'.Saya beritahu anda,bahawa anda boleh hilang negara sebab kena kelentong dengan para pembohong ini.Anda boleh hilang tanah tumpah darah anda,hilang budaya,hilang bahasa dan akhir sekali hilang agama anda!Anda tahu rancangan Kristianisasi di Malaysia?Berapa ramai orang Melayu Islam yang tukar agama?Jika Malaysia menjadi sebuah republik dan pemimpin politik terdiri dari para Chauvinist DAP,maka peluang untuk melihat anak cucu anda menjadi seorang Kristian (istilah kasarnya seorang kafir) adalah amat cerah.Mereka banyak wang syeikh...kita rata-rata lemah dari segi ekonomi.Hari ini mereka bagi 2 rat.Besok bagi lagi 2 rat.Bagi beras,susu dan macam-macam.Kemudian anda fikir...wah baiknya hati orang Kristian.Nak harapkan Jabatan Kebajikan Masyarakat?Haram!Borang itulah...borang inilah...banyak karenah birokrasi.Pejabat Agama?Baitulmal?Saya tak kenal mereka.Mereka macam makhluk asing dalam masyarakat Islam.Duit zakat diperam dalam Baitulmal macam peram anggur supaya jadi arak.Duit zakat diperam macam masuk skim Labu Peram kah?Tak minta duit zakat ke?Dah minta,tapi macam biasa juga...borang itulah inilah...eh..saya tak cukup syarat rupanya.Minta bantuan dari masjid...wah,orang masjid halau saya.Saya miskin,bekas banduan,bekas pelacur,bekas bapuk,bekas mak nyah.Saya orang berdosa.Saya tak layak jejak kaki ke masjid.

Orang Kristian bagi lagi bantuan.Kenapa anda baik pada saya?Orang Kristian tadi cakap,ini bukan dari saya...ini dari Jesus.Jesus adalah Tuhan yang Maha Pemurah.Sampai kita berfikir...wah...Tuhan Jesus lebih kaya dari Tuhan Allah!

Na'uzubillah...lihat,boleh lari iman syeikh!!

Sebab itu pentingnya kita pertahankan sejarah kita.Orang yang faham agama,dia akan faham bagaimana musuh-musuh agama mahu cucuk lagi dan lagi untuk mencelah menjatuhkan agama kita.Salah satunya memutarbelitkan sejarah.Matlamat mereka adalah untuk dapat pegang Malaysia dengan apa jua cara.Salah satunya dengan memutarbelitkan sejarah.Saya nak bagitahu,Malaysia lebih bernasib baik dari Indonesia sebab masih ada pemimpin yang sensitif dengan agama.Kristianisasi di Indonesia amat teruk.Diburukkan lagi dengan faham Islam Liberal.Lagi parah.

Moralnya,kita umat Islam boleh hilang Malaysia jika terus diperbodohkan oleh orang lain.

Ada orang Islam perasan bijak mahu jatuhkan institusi beraja.Ini bodoh saudara,sebab Sultan-sultan adalah antara pertahanan terakhir dalam mempertahankan maruah agama.Saya bukan nak mempertahankan sebilangan sultan yang kaki dunia atau berfoya-foya tetapi saya pertahankan satu jawatan yang tidak boleh disandang oleh non-muslim dan bukan Melayu,yang menjadi 'supreme leader' dan menjaga hal-ehwal agama Islam di Malaysia.You tengok Singapore macam mana.Tanpa sultan,orang Melayu secara perlahan-lahan akan menuju ke arah hilangnya budaya dan agama.Sebab sultan yang tinggal untuk pakai baju Melayu,bertanjak dan bersampin di zaman moden ni.Beliau yang jaga budaya kita sebenarnya ketika kita selesa pakai T-shirt sahaja.Dalam sebuah republik,orang paling atas dipilih secara merit.Mungkin dalam 10 tahun orang Melayu sandang jawatan Presiden,kemudian selang seli dengan kaum lain.Kemudian seperti biasa,orang Melayu tak akan naik-naik,macam yang berlaku di Singapura.Kerakyatan akan dilonggarkan.Kemudian kita menjadi minoriti.Sedihkan?

So,wake up my friend!Jangan tidur.Kaum lain berlumba nak pegang Malaysia ni.Sebab apa?Sebab Malaysia ni bumi bertuah.Feng shui baik,strategik,banyak galian,di luar lingkaran gunung berapi dan gempa bumi.Sebab apa orang Bangladesh dan sewaktu dengannya datang sini?Sebab negara mereka miskin,tak terletak antara jalan perdagangan paling sibuk di dunia.Mereka tiada Selat Melaka,selat tersibuk di dunia.Kaum mereka jenis huru-hara,kita orang Melayu lemah lembut dan suka bertolak ansur.Pemimpin mereka kalau tak disukai,mereka akan bom sahaja.Kita kalau tak suka pemimpin paling busuk pun keluar video lucah jer,kemudian kutuk-mengutuk dalam blog.Baiknya kita ye.Ini la kata orang-orang tua,cakap pun berlapik.

Pentingnya kefahaman sejarah apabila ada orang yang buta sejarah kata bentuk senibina Muzium Negara adalah senibina Thai.Saya sudah tengok senibina Lannathai seperti yang didakwa.Malangnya mereka tak tengok senibina Melayu Riau atau Terengganu macam mana.

Saya tak hairanlah kalau ada senibina Thai yang seakan sama sebab bangsa Thai memang terkenal kaki cedok.Bahasa Thai di Thailand banyak cedok bahasa Khmer zaman purba sampai orang Khmer kata ada perkataan dalam bahasa Thai yang berasal dari istilah Khmer purba yang kini sudah tak dipakai lagi dalam bahasa Khmer moden.Senibina dan seniukir banyak tiru dari bangsa Khmer.Tarian banyak cedok dari Mon dan Malayu.Sampaikan senibela diri,Muay Thai itu sebenarnya dicedok dari Pradal Srey atau Bukator iaitu tomoi Khmer.Inilah bangsa cedok-mencedok.Orang Thai kata Muay Thai berasal dari Muay Boran.Ala...yang ada keluar dalam filem Ong Bak tu.Tapi perkataan 'boran' itu sendiri adalah istilah Khmer bermaksud 'purba'.
  Muzium Negara.Ia adalah hasil gabungan senibina Melayu Terengganu dan Melayu Riau.

Tetapi seorang pengkaji buta sejarah terserempak dengan bangunan ini dan terus mengatakan Muzium Negara meniru senibina bangunan
Muzium Nasional Chiang Mai.Alasan-nya ialah sebab bentuk tanduk kat bumbung muzium ini sama dengan apa yang ada pada Muzium Negara.Jika kita tengok balik foto Muzium Negara,bumbung berlapisnya ini adalah dari senibina rumah tradisional Melayu Terengganu.
Kemudian yang bentuk tanduk kat hujung bumbung itu adalah dari senibina Melayu Riau.
Sekarang nampak tak mengapa dikatakan senibina Muzium Negara diambil dari dua senibina Melayu,iaitu Terengganu dan Riau?

Ok, sekarang mari tengok sejarah senibina Chiang Mai atau Lanna.Chiang Mai sebelum muncul kerajaan Lannathai adalah dihuni oleh sukukaum Lawa yang berasal dari satu kawasan yang terletak di Kemboja pada hari ini.Nenek moyang mereka satu rumpun dengan Melayu.Kemudian mereka terserap ke dalam rumpun Mon-Khmer selepas proses asimilasi selama beratus-ratus tahun.Senibina Lanna atau Thailand utara atau Chiang Mai adalah berasal dari senibina suku Lawa.Dari perkataan Lawa ini muncul Lavopuri (Lopburi) satu negarakota Mon yang ditawan oleh Sujita,seorang raja city-states Melayu Sri Dharmaraja.Oleh kerana suku Lawa berasal dari selatan Thailand maka mereka memang ada hubungan kerabat dengan Melayu Segenting Kra.Kemudian mereka berhijrah ke utara,tepat di Chiang Mai sekarang.Kemudian kaum Tai telah tiba dan menubuhkan kerajaan Lanna di bawah rajanya,Mengrai.Mereka menakluk Haripunjaya,kerajaan Mon sekaligus Chiang Mai dan suku Lawa sendiri.Trivia,perkataan Lawa ini juga dipercayai oleh sejarahwan Laos seperti Maha Sila Viravond adalah asal-usul perkataan 'Lao' oleh etnik Lao yang mendirikan negara Laos pada hari ini.Sebab itu raja-raja Lao awal menggunakan gelaran diraja Melayu purba.
Sejarahwan Laos sendiri mengaku,ketika kaum Lao tiba di Indochina beribu tahun dahulu,kaum-kaum purba yang telah lama menetap di Indochina ialah orang Malayu,Mon-Khmer dan suku-suku bukit (hill tribe).Lao adalah suku Tai yang tiba dahulu di Indochina sebelum kebanjiran orang Thai yang menubuhkan Thailand sekarang.

Dah faham sekarang?Tolong jangan merepek lagi,ok?Bangsa Thai memang diketahui meniru semua budaya di sekelilingnya termasuklah 'cognate' Thai seperti Siam Mongol ni.Bangsa Mon dan Khmer adalah paling teruk diciplak budayanya oleh bangsa Thai.

Kalau anda tengok filem Ong Bak 2 atau filem-filem sejarah Thailand,anda akan lihat budaya mencacah pada badan orang-orang di Thailand pada zaman dahulu.Sebenarnya budaya mencacah itu dicedok dari budaya Khmer dan buktinya ialah mantera yang dicacah pada tubuh mesti dalam tulisan Khmer!

Sebab itu saya tak hairan dengan budaya dan seni Thai.Anda kena tengok senibina Khmer dan budaya mereka dan anda akan lihat kenyataan bahawa bangsa Thai adalah 'copycat' bangsa Khmer.Cuma Kemboja banyak terlibat dalam peperangan dan miskin maka mereka tidak sempat atau kurang kemampuan untuk mempromosikan budaya mereka.Maka apabila si peniru bangsa Thai tadi lebih dahulu mempromosikan budaya Khmer yang dicedok mereka,maka satu dunia menganggap itu adalah budaya Thai. Muay Thai jadi popular dan apabila senibela diri Pradal Srey mula dipromosikan oleh Kemboja di mata dunia,maka orang luar menjadi keliru dan anggap Kemboja mencedok budaya Thailand.

Abdulyadeh,seorang Thai Malaysia dari Blog sejarahnagaraketag meluahkan perasaannya tentang sempadan Preah Vihear,kuil purba Khmer abad ke-10 Masehi yang direbut oleh Kemboja dan Thailand.Beliau kecewa kerana kuil itu asalnya dalam sempadan Thai kemudian diberikan kepada Kemboja oleh penjajah Perancis ketika persempadanan semula.Bukti kuil itu milik Thailand katanya,sebab pintu masuk ke kuil itu hanya boleh dimasuki dari arah Thailand manakala dari Kemboja dipagari dengan bukit.

Bukan sahaja orang Khmer,saya orang Melayu Malaysia pun membantah alasan bodoh AbdulYadeh tu.Kalau nak 'fight' dari segi sejarah,kuil itu memang milik Kemboja sebab satu dunia tahu kuil itu dibina oleh Empayar Khmer,bukan Sukhothai atau Ayutthaya.Dahulu majoriti Thailand adalah di bawah Empayar Khmer apatah lagi kawasan Preah Vihear.Kemudian kerajaan Thai merampasnya ketika era perluasan kuasa dahulu melalui Ayutthaya dan dinasti Chakri.Jadi asalnya jalan pintu masuk ke kuil itu memang dalam wilayah Kemboja.Sepatutnya Perancis menyerahkan Preah Vihear berserta seluruh Thailand Tengah ke tangan Kemboja kalau nak 'fight' dari segi sempadan dan sejarah.

Sekadar trivia,Preah Vihear dibina oleh Suryavarman I,seorang raja Empayar Khmer yang berketurunan Melayu!Beliau berasal dari Sri Dharmaraja.Ayahnya mengahwini wanita Khmer dan memerintah kerajaan Melayu Sri Dharmaraja (Tambralingga).Ini yang saya katakan dahulu,warisan kita di Indochina direbut oleh kaum Thai dan Khmer. Ini tercatat dalam riwayat Mon dan Thai seperti dalam Jinakalamali dan The Chronicle of Chiang Mai.Bukan sembang saja.Sejarah Melayu tercatat dengan kemas dalam riwayat bangsa lain.

Sebab itu isu sempadan ini amat penting.Dan isu sempadan amat-amat bergantung dari segi sejarah!

Ini samalah mengatakan Melayu pendatang Sumatera.Ini salah dan pandang yang bodoh kerana dahulu dunia Melayu tiada sempadan seperti hari ini yang baru dibuat selepas era kolonial.Sumatera,semenanjung dan Borneo memang 'home' majoriti umat Melayu.

     LIHAT BAGAIMANA MUSLIHAT 'SEMPADAN' INI DIGUNAKAN UNTUK MERAMPAS HAK MILIK ORANG LAIN.
   

"Ini pelajaran yang baik untuk kita semua...
Jika kita lemah, kita akan dibuli. Jika kita bodoh, kita juga akan dibuli. Jika kita lemah,bodoh dan mengkhianati bangsa sendiri,kita bukan sahaja dibuli,malah akan dimakan dengan sedapnya oleh orang lain!"

    Sebab itu saya tekankan sejarah Melayu di Tanah Besar Asia dahulu sebab nak latih anda supaya faham bahawa orang Melayu adalah pribumi semenanjung juga.Boleh katakan Orang Asli dan Melayu adalah sama awal duduk di sini,cuma orang Melayu lebih suka duduk di pantai dan bernasib baik jumpa dengan bangsa-bangsa lain di dunia dan lebih maju,dan Orang Asli duduk jauh ke pedalaman maka terpisah dari arus pemodenan.Sebab itu ada istilah Proto-Malay.Orang Jakun adalah Proto-Malay.Ada Proto-Malay yang duduk pantai macam nenek moyang orang Kedah contohnya maka jadi maju,bina negarakota,berdagang dengan orang asing.Nenek moyang orang Jakun duduk pedalaman maka lambat menerima kemajuan.

Satu lagi ketidakfahaman sejarah yang paling saya meluat ialah mengatakan Temagi yang dibunuh oleh Parameswara itu adalah wakil kerajaan Thai,sama ada dari Sukhothai mahupun Ayutthaya.Ini AMAT-AMAT SALAH.Dua kerajaan Thai itu (Ayutthaya sebenarnya campuran banyak etnik,dan lebih tepat disebut kerajaan Siam sementara Sukhotai memang Thai totok) tidak pernah sampai jauh ke selatan semenanjung,apatah lagi Singapura.Yang  dibunuh oleh Parameswara itu adalah wakil kerajaan Tambralingga atau Sri Dharmaraja.Ini asalnya city-states Melayu yang amat berpengaruh dalam sejarah Indochina terutama dalam Empayar Khmer dan tercatat dalam sejarah Sri Lanka.

Satu lagi yang ingin saya beritahu,sejarah Melayu jangan dipolitikkan.Sejarah Melayu amat suci untuk dikotorkan dengan tangan-tangan politik.Ketika era Buddha,sejarah Melayu ditulis dengan menggunakan huruf suci dalam riwayat Mon dan Pali.Ketika era Islam,kitab-kitab sejarah Melayu dimulakan dengan lafaz bismillah dan puji-pujian pada Allah serta Nabi Muhammad Rasulullah s.a.w.

'Khutbah' sejarah ini saya akhiri dengan sebuah prasasti dari Vietnam iaitu Prasasti Dong Yen Chau,tinggalan Melayu suku Cham berusia abad ke-4 Masehi sezaman dengan Empayar Rom:

"Siddham! Ni yan Naga pun putauv, ya uran spuy di ko, kurun ko jmay labuh nari svarggah, ya uran peribhu di ko, kurun saribu tahun ko davam di naraka, dnan tijuh kulo ko"

Perhatikan beberapa perkataan Melayu purba yang masih digunakan sehingga ke hari ini:

uran=orang
yan=yang
pun=pun
kurun=kurun
saribu=seribu
tahun=tahun
davam=diam
di=di
naraka=neraka
dnan=dengan
tijuh=tujuh
ni=ini

Prasasti berbahasa Melayu ini mendahului apa jua prasasti kaum-kaum Asia Tenggara yang lain seperti Mon,Khmer,Burma,Dai-Viet apatah lagi Thai.Sebab itu saya katakan jangan takut anak Melayu.Nenek moyang telah pahatkan sejarah bangsa kita ada batu bersurat.Hampir 2000 tahun bahasa Melayu dipahat pada prasasti.Kita pribumi Asia Tenggara.Ini rumah kita zaman-berzaman.Jagalah rumah yang Tuhan berikan kepada kita.Jangan sia-siakannya dengan melepaskannya kepada orang lain.Kita ada Selat Melaka yang dari dahulu menjadi sumber kekayaan paling ajaib di dunia.Lihat pada peta dunia,lihat kedudukan kita di mana.Bayangkan,orang lain terpaksa tebuk bumi untuk buat terusan Suez dan Panama,kita Tuhan bagi percuma Selat Melaka.

Jangan bersedih.Semangatlah!Bersatulah kita ke dunia masa depan yang lebih gemilang.

Bangsa yang punya sejarah masa lalu adalah mereka yang punya masa depan. Bersatulah. Dengar apa pesanan nenek moyang kita yang terpahat pada batu- bersurat. Mala-yu adalah bangsa yang amat tua,
…..Bagi mereka orang2 yang mahu mengetahui.
“Telahku semahkan darah pada batu bersurat,telahku perahkan limau pada keris wasiat.Sampai masa aku bangkit untuk berjuang.Ku pertahankan bangsa atas nama agama.Sebab wujud bangsaku kerna membela agama.Bukan sebab bangga aku membela bangsa.Bukan sebab dunia aku membela bangsa.Sebab hakikat kebenaran yang diminta.Sebab kasihkan agama.”

Sekian hamba sudahi khutbah sejarah Melayu,
Wassamu Alaikum warahmatullah. Sesungguhnya Allah lah Yang Maha Mulia lagi Maha Mengetahui.

>> Oleh Sriwijaya Mala
(Dari Maulimalaraja, Ketomala & Sriwijayamala)






 Asal-usulku

"Sriwijayamala  ialah Melayu.Asal bangsa saya ialah Nabi Adam a.s,manusia pertama.Agama saya ialah Islam.Rumah kaum kerabat saya ialah dari Pasifik,merentasi Asia Tenggara hingga Madagaskar,pantai timur Afrika.Saya pribumi Asia Tenggara"
 Rasakan aura rahsia nenek moyang kita di dalamnya.Selami hakikat sebenar sejarah bangsa.Jangan takut.Kita berjuang bersama!




Ayuh Mari Kita Perjuangkan Bangsa Mim!
Jangan takut,anak Melayu!Kamu semua ada sejarah yang kukuh.Nenek moyang kamu telah memahatnya pada batu bersurat.Katakanlah pada diri sendiri,untuk memperjuangkan agama Islam yang mulia ini


     Mari mulakannya dari Topkapi Palace Museum,Turki: Di dalam sebuah kitab usang di dalam arkib Istana Topkapi,terdapat halaman-halaman yang menceritakan sebuah kerajaan besar di Timur.Kitab itu bertajuk Ajā'ib al-makhlūqāt wa gharā'ib al-mawjūdāt karangan Abu Yahya Zakariya' ibn Muhammad al-Qazwini.Di dalam satu halaman tertulis nama Zabag,sebuah kerajaan yang menakjubkan di dunia Timur.Kerajaan ini mempunyai kekayaan emas yang banyak dan menguasai perdagangan rempah-ratus.Rajanya duduk di atas takhta yang diperbuat dari emas padu serta memakai mahkota yang juga diperbuat dari emas.

Di dalam sebuah arkib rahsia di The Vatican Library,terdapat sebuah surat yang ditulis oleh seorang raja besar dari Timur;yang digelar oleh raja-raja Eropah sebagai Prester John.Raja ini mendakwa telah memiliki 'tiga tanah India'.Tiga tanah India itu ialah dari Malabar ke Asia Tenggara,dari Malabar ke Sind dan pantai timur Afrika (termasuk Madagaskar).

Di sana ada satu bangsa yang terlupakan sejarah silam mereka yang penuh gilang-gemilang.Masyarakat Austronesia mengenang kegemilangan ini dengan menjadikan bahasa bangsa itu sebagai lingua-franca;bahasa pemersatuan,sebagaimana raja-raja mereka menyatukan kesemua pelabuhan-pelabuhan Asia Tenggara pada masa lalu.Walaupun bukti bertulis dan kukuh berselerak di seluruh dunia;batu bersurat,manuskrip dan rekod dari luar cuba menyakinkan anak-anak bangsa itu pada hari ini,namun disebabkan beberapa individu yang korup seperti pemimpin politik dan ahli sejarah yang pemalas...rahsia penting dari khazanah sejarah mereka semakin lama semakin hilang.

"The Srivijayan"
Beribu-ribu tahun dahulu terdapat seorang raja besar yang harum namanya dari Chiang Mai hingga ke Chaiya.Raja ini telah meninggalkan takhtanya dan menjadi seorang petapa;mencari erti hidup dan jalan mencapai kebebasan nafsu.Raja ini telah meninggalkan kerajaannya kepada anaknya,yang nantinya akan menjadi seorang pengasas kepada sebuah empayar maritim yang amat berkuasa di seluruh daratan dan air.Dari keturunannya inilah munculnya raja-raja di Bukit Seguntang dan sultan-sultan Melaka.
Di runtuhan sebuah kuil purba Khmer di satu lokasi di Thailand,kelihatan seorang sami sedang bertafakur di dalam satu ruangan.Mulutnya terkumat-kamit mengalunkan doa:

"Om Sriwichay..."

"Om Sriwichay....."

Persoalannya, siapakah sebenarnya 'Sriwichay'?
"...Bahawa beta minta diperbuatkan hikayat pada Bendahara peri persetua dan peri petuturan raja-raja Melayu dengan istia¬datnya sekali; supaya diketahui oleh segala anak cucu kita yang kemudian daripada kita, diingatkannya oleh mereka itu; Syahadan beroleh faedahlah ia daripadanya."
(Sulalatus Salatin,Malaysia)


Ketika raja-raja Viking,Anglo-Saxon,Normans dan lain-lainnya berperang sesama sendiri di Eropah selepas kemerosotan Empayar Rom,orang-orang Melayu telah berada di puncak;berjaya membina rangkaian perdagangan maritim antara China dan India.Tidak dinafikan bahawa kekuatan sebenar raja-raja Melayu ialah kebolehan semulajadi mereka dalam menjalankan perdagangan maritim;inilah kuasa sebenar yang ada pada mereka,bukan sepenuhnya kuasa tentera...mereka telah merintis ke arah kemajuan perdagangan di Asia Tenggara,menjadi emperium yang disegani lawan dan kawan.

Sehingga ke hari ini,kuasa 'perdagangan maritim' mereka itu masih berdaulat sehingga menimbulkan trauma kepada bekas perdana menteri Singapura yang bimbang gabungan Malaysia-Indonesia akan membina pelabuhan-pelabuhan yang akan meranapkan Singapura selama-lamanya.Kes Pelabuhan Tanjung Pelepas benar-benar mengajar nya betapa bangsa misteri ini belum mengeluarkan 'alter terahsia' mereka yang sebenar.Bagaimana dengan usia setahun jagung pelabuhan ini,tiba-tiba berjaya memindahkan operasi dua syarikat gergasi perkapalan dunia,Maersk dan Evegreen dari Pelabuhan Singapura ke sini?Semenanjung Tanah Melayu dan Sumatera sememangnya dikurniakan Tuhan kepada mereka.Atas sebab inilah,selama beribu-ribu tahun,raja-raja Melayu telah menyimpan rahsia ini;bahawa jika mereka berjaya menguasai selat,mereka akan kaya-raya sebagaimana raja-raja di China dan India tanpa perlu bersusah-payah.Mengapa?Kerana selat itulah satu-satunya jalan laut terpantas yang menghubungkan kedua-dua benua kecil itu!

Maka raja-raja Melayu mengambil peranan sebagai orang tengah;menjaga tol rangkaian perdagangan antara Timur dan Barat.Ini benar-benar menjadi,dan mereka menjadi kaya-raya dengan sekelip mata!

Ini adalah kisah bagaimana seorang anak raja menggunakan rahsia ini;yang juga digunakan oleh Raja Matahari dan Raja Perahu dalam menguasai seluruh kepulauan Asia Tenggara pada masa silam.Ini adalah kisah satu dinasti diraja yang amat berpengaruh di semenanjung kemudian namanya harum di seluruh dunia.Keluarga diraja inilah yang menubuhkan sebuah empayar maritim yang amat terkenal di seluruh dunia.Di dalam petitih-petitih rakyat Kelantan dan utara semenanjung menyebutkan nama keluarga diraja ini sebagai,Sriwijayamala.

Sriwijaya Mala
   Adalah nama sebuah dinasti Melayu yang pernah memerintah sebahagian Indochina dan utara semenanjung Malaysia sehingga menubuhkan sebuah empayar maritim yang dikenali sebagai 'Srivijaya' yang kemudiannya berpusat di Sumatera.Keluarga Sriwijayamala yang asalnya bertempat di daerah Kelantan,Narathiwat sehingga ke Songkhla pada hari ini.Jembal,Legeh dan Reman (semua nama ini pernah menjadi negeri-negeri Melayu) juga adalah wilayah kaum kerabat Sriwijayamala.Jembal menjadi sebahagian wilayah Kelantan pada hari ini,Raman pernah di bawah pemerintahan raja Ligor kemudian terserap ke dalam wilayah Perak (Hulu Perak) dan Legeh kini menjadi sebahagian wilayah selatan Thailand (Ra-ngae).

Sejarah keluarga ini amat misteri.Amat kabur adakah dinasti ini bermula sezaman dengan Sailendra,sebuah lagi dinasti purba Melayu yang membina kerajaan Medang di Jawa,atau lebih dahulu darinya.Namun kita tahu hubungan antara keluarga Sriwijayamala dan Sailendra kerana penggunaan kata 'Medang'.Menurut petitih dan riwayat rakyat Kelantan,negeri Kelantan dahulunya dikenali sebagai Medang Kamulan dan Medang Ghana.Medang Kamulan sememangnya nama satu kerajaan mitos di Indonesia.Dan kita tahu bahawa kerajaan Medang (Mataram Kuno) di Jawa diasaskan oleh dinasti Sailendra.Namun persoalannya,dari mana ahli sejarah tahu bahawa riwayat kuno rakyat Kelantan ini benar dan dapat dibuktikan?

Dari rekod Dinasti Sui berusia abad ke-7 Masehi,menurut catatan pengembara yang pernah melawat satu kerajaan yang bernama Chih-Tu:

"... Chi Tu adalah bangsa turunan dari Funan, yang terletak di dalam laut selatan, belayar seratus hari untuk mencapainya,tanah di sini berwarna merah, sehingga bernama 'Kerajaan Tanah Merah (Chi bererti merah, Tu bererti bumi).Timur bersempadan Po -Lo-La, Barat bersempadan dengan Po-Lo-So,Selatan bersempadan Ho Lo Tan, ribuan kilometer persegi keluasannya.Raja mempunyai tiga isteri dan kerajaan memeluk agama Buddha ...."

Rekod Dinasti Sui (581-618) ini menggambarkan sebuah kerajaan yang maju disebut Chi-Tu. Lokasi Chi-Tu diduga berada di sekitar Kelantan atau negara Pahang di Semenanjung Tanah Melayu, atau di Songkhla dan Pattani Wilayah Thailand selatan namun ditentang oleh beberapa pengkaji.Namun bukti terbaik untuk menyokong teori Kelantan adalah ketika para utusan meninggalkan Chi-Tu,mereka belayar dengan mengambil 10 hari untuk mencapai Champa,ini menunjukkan kerajaan itu terletak di kawasan 'tanah merah' di suatu tempat di sekitar sungai utama dari Kelantan.Prasasti Buddhagupta yang ditemui di Kedah menyebutkan Raktamrttika, ertinya adalah tanah berwarna merah.Menariknya,memang ada tempat bernama Tanah Merah di Kelantan.


Apa kaitan Chih-Tu dengan Sriwijayamala?

Menariknya lagi, Chih-Tu ini mempunyai kaitan dengan sejarah Chiang Mai,yang terletak jauh ke utara wilayah Thailand sekarang.

Dalam "Meridionaux", Matounlin mengatakan bahawa Seng-kao atau Seng-chi adalah ibukota Chih-tu dan di 638, telah menghantar ufti bersama-sama dengan tiga negara lain ke China.

Kata China "Seng-kao" atau "Seng-chi" adalah kesilapan sebutan dari kata "Seng tche" yang bererti bandar para biarawan yang merupakan terjemahan yang tepat dari kata Pali "Lawasangharatha" dan kemudian sebutan Tai "Chiang Chi Mai ".Pribumi asal Seng-Kao adalah suku Lawa yang membentuk majoriti penduduk Lembah Menam.Menurut tradisi Siam,Chiang Mai menerima nama pada saat Buddha Gautama dan murid-murid datang ke Suvannphumi untuk misi agama.Setelah pesta yang diadakan oleh suku-suku Lawa untuk menyambut Buddha Gautama, empat lelaki suku Lawa telah ditahbiskan menjadi sami.Tempat itu kemudian disebut Chiang Chi Mai,yang bermaksud 'kota para biarawan baru' dalam bahasa Tai yang kemudiannya sebutannya dipendekkan menjadi Chiang Mai pada hari ini.Disebabkan kekayaan sejarahnya,Chiang Mai masih mempertahankan tradisi yang dikongsi di antara negara-negara Indochina hari ini.Satu perkara yang menarik,sejarahwan Thailand berpendapat suku Lawa ini berasal dari selatan Thailand atau dari Kemboja dan nenek moyang mereka termasuk dalam kelompok Austronesia.Setelah menerima asimilasi dan tekanan dari pengaruh Mon-Khmer di sekeliling mereka,secara beransur-ansur bahasa mereka menjadi sebahagian dari keluarga Austro-asiatic.Proses ini mengambil masa beratus-ratus tahun.


Inilah jawapan kepada misteri raja Sriwijaya yang bernama Lawasangharatha yang menubuhkan Chiang Mai Lama.Sebab itu suku Lawa ini (kini termasuk dalam kelompok 'hill tribe' dalam Thailand) mendakwa asal-usul mereka ialah dari Chiang Mai.
"Lawasangharatha" itu kemungkinan besar nama seorang raja,dalam kes ini raja Sriwijaya.Ini dibuktikan dalam dua rekod dari China.Di dalam rekod Dinasti Sui lagi,merujuk kepada misi oleh Tchan Sun dan Wang Kiun Tching,memberitahu serba sedikit tentang Chih Tu:

"Nama keluarga raja Chih-tu adalah Chu Tam (Chudam), dan nama peribadinya adalah Li-fo-shi. Sejak bila sejarah putera ini bermula kami tidak tahu. Kami hanya diberitahu bahawa ayahnya, selepas meninggalkan takhta untuk menjadi seorang biarawan, dihantar kepadanya kedudukan kerajaan, kedudukan yang telah diadakan selama enam belas tahun. Raja ini Li-fu-to-Hsi mempunyai tiga isteri, yang semuanya puteri gerbang yang sekitar seratus langkah berasingan. Pada masing-masing gerbang, diselubungi dengan loceng emas kecil, yang dicat Bodhisattva dan abadi yang menjulang tinggi di udara..."

Berdasarkan rekod kuno ini,para sarjana bersepakat bahawa nama China "Li-fo-shi" atau "Li-fu-to-Hsi" adalah transkripsi kepada SriVijaya menunjukkan bahawa Lawasangharatha (nama Pali bagi Chiang Mai) ialah 'Srivijayan King' dan sekaligus membuka rahsia bahawa Chiang-mai mempunyai hubungan rapat dengan istana Sri wijaya dari kerabat Sri Dharmaraja.Ini kerana dalam tradisi sejarah Sriwijaya di Indochina,pakar sejarah Thailand dan Kemboja mengenalnya melalui kerajaan Nagara Sri Dharmaraja,di mana ditemui banyak persamaannya budaya dan gelaran raja-raja Sri Dharmaraja sesuai dengan sejarah Sriwijaya.

Dengan kata lain,dalam tradisi kaum-kaum Indochina,Sri Dharmaraja itu adalah Sriwijaya,dan begitu juga sebaliknya.Ini terjadi kerana persamaan bahasa dan budaya mereka;budaya bangsa Melayu.

Jadi dalam rekod oleh dua pengembara China ini,kita mendapati dua perkara menarik:

1-Nama "Li-fo-shi" adalah khas kepada 'Srivijaya'.'Li-fo-shi' atau nama sebenarnya 'Shih-li-fo-shih' adalah sebutan China kepada 'Sri-wi-chay' mengikut sebutan suku-suku selatan China seperti Shan,Hmong,Lao dan Tai.Ini bermakna pengaruh raja-raja Melayu telah sampai ke selatan China.

2-Nama keluarga raja tersebut,Chudam yang menunjukkan nama keluarga berketurunan Melayu.Namanya keluarga Chudam (Chu Tam dalam teks China) adalah konsisten  dengan warisan Chudammani,yang merupakan salah satu nama keluarga Sriwijaya dalam rekod Khmer (Kemboja).

Perhatikan,dalam dua rekod di atas,kedua-duanya menyebutkan raja Chih-Tu mempunyai tiga orang isteri.

Semua ini mempunyai persamaan dalam satu lagi rekod dari China.Tong-tien,sebuah teks yang ditulis pada akhir abad ke-8,mengandungi ayat-ayat berikut,

"Ketika zaman Suei (582-618 M),sang raja (raja Funan) kononnya mempunyai nama keluarga 'Ku-Long'.Di sana ada banyak keluarga yang memiliki 'nama keluarga' yang sama.Seorang tua,ketika disoalsiat,telah mengatakan bahawa K'uen-luen (Melayu) tidak mempunyai nama keluarga.'Ku-Long' adalah kesilapan sebutan untuk K'uen-luen (sebutan China Kuno untuk orang Melayu)"

(Sir William Meyer memberikan perkataan 'Malays' untuk 'K'uen-luen' dalam teks China ini)

Pada masa silam,orang-orang China mengenal Melayu sebagai 'K'uen-luen' atau 'Kunlun'.Ini sebenarnya berasal dari nama seorang raja Funan yang bernama Ku Long.Sebutan 'Ku' dan 'Long' sememangnya pangkal nama orang Melayu yang masih diamalkan di Kelantan.

Daripada semua bukti dan rekod-rekod China ini,para sarjana Kemboja menyimpulkan bahawa asal-usul kebanyakan raja-raja awal Funan dan utara Indochina (Chiang Mai sebagai contoh) ialah dari kawasan yang kini di dalam negeri Kelantan yang menjadi sebahagian Malaysia pada hari ini.

'Mala'

Dalam Prasasti Hanchey berusia abad ke 6 Masehi di Kemboja,ada menyebutkan tentang Bhavavarman,raja Chenla yang berjaya menakluk wilayah Funan dan atas kejayaan ini beliau telah memahatkan namanya sebagai 'Raja orang-orang Malayu'.Bhavavarman dalam prasasti ini ialah Bhavavarman II,di mana sebelum itu ada seorang keturunan diraja Funan yang bernama Bhavavarman (Bhavavarman I) telah lari ke Chenla,yang merupakan negeri orang Khmer dan mengahwini Kambujatajalakshmi,seorang gadis Khmer (gadis bukit).

Beliau adalah cucu kepada Rudravarman,emperor Funan.Bhavavarman I telah bertindak lari ke Chenla kerana tidak berpuashati dengan datuknya dan mahu memberontak.Bhavavarman kemudian merampas takhta Chenla dan menyusun angkatan tentera menyerang kerajaan datuknya.Akhirnya Funan jatuh ke tangan Chenla.Di sini kita boleh lihat kedua-dua negeri ini,Chenla dan Funan dibawah kekuasaan raja-raja Melayu pada suatu ketika.Kemudian Chenla yang dahulunya negeri bawahan Funan menjadi berkuasa dan menjadikan Funan negeri pengufti kepada Chenla.Selepas kematian Bhavavarman,Chenla diperintah oleh saudara Bhavavarman yang juga mengahwini gadis Khmer.Kemudian takhta Chenla diwarisi oleh anak cucu mereka yang 'diKhmer'kan oleh ibu mereka yang berasal dari Khmer Chenla.Jadilah kerajaan Chenla kembali menjadi kerajaan orang Khmer sehinggalah berpecah kepada Chenla Laut dan Chenla Darat,kemudiannya ditakluki oleh Sriwijaya.Funan telah berpecah dan tenggelam selepas itu selepas ramai kerabat diraja mereka berpindah ke negeri-negeri Melayu di selatan yang bertaburan di bawah Persekutuan Langkasuka.Kemudian,ada di antara mereka berlayar ke Jawa dan menubuhkan dinasti Sailendra di sana,menyertai sebahagian kerabat mereka yang telah bertapak di Jawa sejak sekian lama.Raja-raja Funan adalah dari garis dinasti Sailendra.
Bhavavarman II menggelarkan dirinya 'raja orang Melayu' menerusi ayat "...mala malayu iva malayam raja" yang terpahat dalam skrip Khmer antara yang terawal pernah ditemui.Terjemahan penuh bagi ayat ini ialah 'raja Mala dari Malayu'.Apa yang ingin kita fokuskan di sini ialah perkataan 'Mala' ini.Dan mengapa perkataan ini digandingkan dengan perkataan 'Malayu' dalam ayat itu.

Cuba semak kembali catatan pengembara dalam rekod Dinasti Sui tentang kedudukan Chih-Tu.

"...Timur bersempadan Po -Lo-La, Barat bersempadan dengan Po-Lo-So, Selatan bersempadan Ho Lo Tan, ribuan kilometer persegi keluasannya..."

Katakuncinya ialah 'Ho-Lo-Tan'.Apakah Ho-Lo-tan?

Dalam abad ke 5 masihi, sejarahwan China,Shenyao (414-512) dalam Sung Shunya sudah mencatatkan nama Ho-lo-tan atau Kuo-lo-tan sebagai sebuah ibu kota di Semenanjung Tanah Melayu.Sesetengah sejarahwan percaya bahawa kerajaan Srivijaya Pertama (Sri Vijaya Mala) telah wujud di Kelantan dan berkembang ke Malayu, Sumatera kira-kira pada akhir abad ke tujuh.Dapunta Hiyang Jayanasa telah membangunkan sebuah ibu kota di Palembang (Sri Vijaya II).Kelantan diserahkan kepada puteranya,Dapunta Hiyang DiRaja.Kemudian kedua-dua kerajaan ini disatukan oleh Sanjaya (Jaya Shinha) cucu Jayanasa dalam satu empayar yang disebut oleh orang Cina,San-Fo-Tse (Tanah Serendah Sekebun Bunga dalam kenangan riwayat Kelantan).

Jadi Chih-Tu adalah negeri di utara Kelantan atau Ho-Lo-Tan.Kelantan pula dijoloki dengan nama 'Tanah Serendah Sekebun Bunga' ketika era pemerintahan Cik Siti Wan Kembang yang nama Sanskritnya ialah Durga Wijayamala (ingat,raja-raja Melayu punya dua nama;nama Sanskrit dan nama Melayu pada zaman silam).
Perhatikan nama 'Durga Wijayamala',yang mengandungi -suffix 'Mala'.Penggunaan -suffix 'Mala' pada hujung nama Sanskrit adalah khas kepada raja-raja Melayu pada masa silam sebagaimana -suffix 'varman' pada raja Kemboja dan Champa atau 'gupta' pada raja-raja dinasti Gupta di India.Dalam legenda Khmer ada menyebutkan nama seorang raja bernama Ketomala (Keto berasal dari 'Keta' iaitu negeri Kedah).Semua ini membawa kita menelusuri jauh ke zaman silam,ketika dua orang adik beradik dari negeri Reman datang menubuhkan kerajaan di kalangan orang Mon.

Samala dan Vimala: Rahsia Hamsavati
   Penaklukan Chenla ke atas negeri-negeri sekitarnya telah membawa pengaruh Khmer ke Dvaravati dan Irravati Bassein.Ketika ini orang Dvaravati adalah dari keturunan Mon-Khmer dan bertutur menggunakan bahasa Mon,bahasa dominan bahagian barat Empayar Angkor dan mereka tidak jauh berbeza jika dibandingkan dengan seluruh rakyat Khmer.Selama krisis di dalam dinasti pemerintahan,para pemuka agama mengambil kesempatan mencipta peralihan politik dalam lapisan kepimpinan Empayar Angkor.Walaupun terdapat banyak gangguan,saksi menunjukkan agama Buddha selalu merupakan pilihan Khmer dan Mon dan ini selalu menjadi punca mereka diredakan dari konflik serta menjalinkan hubungan lebih rapat.Dalam pada itu,sebuah riwayat kuno telah merakamkan tentang penubuhan Hamsavati (Pegu) kira-kira 825 Masehi oleh dua adik-beradik,Samala dan Vimala.

Bandar ini bernama Hamsavati sempena seekor burung suci hamsa (angsa) secara tiba-tiba muncul ketika dua bersaudara itu mencari tempat untuk membina penempatan.Riwayat tersebut menyatakan bahawa dua bersaudara itu dari Takkaxila dan membawa diri mereka keluar ke arah barat untuk menubuhkan kerajaan mereka sendiri.

Sangat menarik untuk dicatat bahawa nama mereka berakhir dengan "Mala", merupakan petunjuk bahawa mereka berasal dari raja-raja Mala dari Malayu ("mala malayu iva malayam raja").Asal-usul orang Mon Hamsavati dari Malayu menunjukkan bahawa Sudhammavati atau Sri Dharmaraja yang menurut tradisi Mon adalah asal-usul bangsa mereka sama dengan Dvaravati dari Lembah Menam.Sementara Samala naik takhta, adiknya Vimala dihantar ke Taxila (Takkaxila) untuk menyelesaikan pembelajarannya.Ketika dia kembali ke rumah,dia mendapati bahawa ia tidak disambut semula sebagai janji oleh saudaranya.

Dalam keadaan yang marah,dia membunuh saudaranya Samala dan memerintahkan orang untuk membunuh anak saudaranya (anak Samala) juga,tapi sang ibu berjaya menyembunyikan anaknya di luar kota.Setelah waktu berlalu,orang asing beragama Hindu yang diusir dari kota datang kembali untuk menyerang Hamsavati.Anak Samala yang kini sudah dewasa kembali dari persembunyian dan menyelamatkan Hamsavadi dari orang-orang Hindu. Vimala, mengakui bahawa itu adalah anak saudaranya,mengakui dosanya dan akhirnya menyerahkan takhta kepadanya.Cerita ini juga menyebut bahawa raja muda Ata-Kumma telah membina Kyaikatha (pagoda Ata) di wilayah Tathon.Sangat menarik untuk dicatat bahawa identiti Mon muncul pertama sebagai orang-orang di Hamsavati dan kesimpulan yang dapat dibuat dari riwayat kuno ini dari asal-usul Mon di Sudhammavati harus berada di kawasan yang disebut sebagai Malaysia pada hari ini.

Dari riwayat Hamsavati (Hamsavadee) ini kita memahami bahawa orang Mon menganggap mereka berasal dari Sri Dharmaraja sebagaimana orang-orang Mon Dvaravati di tengah Thailand.Dan menurut legenda Mon lagi bahawa bangsa mereka berasal dari sebuah tempat yang bernama 'Ramanadesa'.Telahan sarjana Kemboja tentang asal-usul Mon dari 'satu wilayah yang kini berada di Malaysia' semacam mahu menyebutkan tentang negeri Reman yang kini menjadi sebahagian daerah Hulu Perak di negeri Perak,Malaysia.Negeri Reman pernah berada di bawah raja Ligor dan sememangnya sebelum itu negeri Reman adalah termasuk dalam wilayah 12 negeri-negeri Nagara Sri Dharmaraja yang disimbolkan dengan karakter haiwan dalam kalendar Naksat Pi.

Dapat juga disimpulkan bahawa dua adik beradik itu berasal dari kerajaan Reman yang bersusurgalur dari keturunan Sriwijayamala,merantau ke utara untuk cuba menubuhkan kerajaan sendiri.Di tengah-tengah orang Mon,mereka belajar menyesuaikan diri dan mula membina kerajaan.Kebanggaan orang Mon terhadap raja-raja Mala mereka mengakibatkan mereka mendakwa bangsa mereka berasal dari Ramanadesa (negeri Reman).Kita sudah maklum akan kepentingan nama 'Mala' kepada orang Mon dan Khmer dalam menaikkan prestij mereka.Inilah sebabnya mengapa Bhavavarman II,raja Chenla mendakwa dirinya 'Raja Mala dari Malayu'.
Setakat ini kita telah dapat mengumpulkan 4 tokoh yang berasal dari dinasti Sriwijayamala:Ketomala,Samala,Vimala dan Durga Wijayamala.Dan seorang lagi bernama Sri Mala,permaisuri raja Singgora (Songkhla) yang terkenal dalam sejarah asal-usul Menora.Menarik bukan?Semua mereka ini memakai gelaran 'Mala' dan orang-orang di Kemboja pada masa silam mengenal keturunan yang memakai gelaran Mala dihujung namanya sebagai 'Malayu'.

Dari sini kita boleh menghidu aktiviti raja-raja Melayu dari Pegu hingga ke Chiang Mai;dari Kemboja dan Champa hingga ke Ligor.Kesukaran raja-raja Melayu ini untuk bersatu menyebabkan mereka sesuka hati membuka banyak kerajaan yang dikenali sebagai negeri-negeri Melayu (Malay states).Mengesan riwayat-riwayat semua negeri-negeri ini hampir mencapai tahap mustahil kerana ada di antara mereka memerintah negeri yang majoritinya orang Mon,Khmer atau Tai.

Namun seorang keturunan mereka telah berlayar ke Sumatera dan menubuhkan kerajaan di sana.Kemudian bermulalah zaman keemasan dinasti ini.Nama lelaki yang gagah berani itu ialah Jayanasa.




'Srivijaya Empire'
Sukacita.
    Pada lima hari Bulan
    Belayar mudik datang membuat benua
    Srivijaya kota yang jaya, bahagia dan makmur.


(Kedukan Bukit Inscription,Sumatera,Indonesia)


Dahulu orang-orang di Indochina hanya mengenal satu bangsa sahaja apabila berurusan dengan suku-suku Austronesia;mereka memanggilnya Chawa.Nama 'Chawa' ini mewakili keturunan Melayu-Indonesia pada hari ini.Nama Chawa ini sebenarnya berasal dari tanah besar Asia,bukan dari Pulau Jawa.

Dari Kelantan kebudayaan 'Chawa' ini merebak ke seluruh kepulauan.Pada mulanya,dinasti Sailendra lah yang bertanggungjawab membawa kebudayaan Chawa ke Pulau Jawa.Sebab itu terdapat tempat bernama 'Titik Jawa' di Kelantan.Chawa sebenarnya bukan nama khas untuk satu-satu kaum,ia lebih kepada satu ciri kebudayaan.

Seorang raja dari dinasti Sriwijayamala menjejak langkah Sailendra.Beliau dengan kekuatan dua puluh ribu bala tentera berserta dua ratus pawang dan tentera berjalan kaki sebanyak seribu tiga ratus dua belas,raja Sriwijaya ini mula menyerang Sumatera.Kita tahu namanya kerana tercatat di dalam Prasasti Talang Tua:

 Svasti
 cri cakavarsatita 606 dim dvitiya cuklapaksa vulan caitra
 sana tatkalana parlak Criksetra ini
 niparvuat parvan dapunta hyang Cri Yayanaca (-ga) ini pranidhanan dapunta hyang savanakna yang nitanam di sini...


Maksudnya dalam Bahasa Melayu Moden:
Selamat dan bahagia!
Pada tanggal 23 Mac 684 Masehi, pada saat itulah taman ini yang dinamakan
Śrīksetra dibuat di bawah pimpinan Sri Baginda Śrī Jayanāśa.
Inilah niat baginda: Semoga yang ditanam di sini...
(Talang Tua Inscription, Indonesia)




Prasasti ini jelas memberikan Nama raja itu selepas gelaran 'Dapunta Hiyang'.Prasasti Kedukan Bukit hanya menyebutkan 'Dapunta Hiyang' tanpa menyebutkan siapakah nama raja tersebut.Namun para sarjana bersepakat bahawa Dapunta Hiyang Jayanasa jugalah yang disebut dalam Prasasti Kedukan Bukit.

Dalam satu versi dari Pantai Timur ada menceritakan tentang Jayanasa ini.Dapunta Hyang Sri Jayanasa dikatakan telah menubuhkan kerajaan di Kelantan yang sebelumnya dikenali dengan Medang Ghana.Pusat pemerintahan kepada kuasa besar Yawadwipa ini terletak kira-kira 4.8 kilometer ke barat Bukit Panau, di Jajahan Tanah Merah,Kelantan sekarang.

Menariknya Dapunta Hyang Sri Jayanasa juga dikenali dengan Prabhasadharma,Raja Merong Mahawangsa,Maharaja Gegar Alam dan Maharaja Segenta Alam dalam hikayat-hikayat Melayu.

Setelah Yawadwipa (ini nama kuno yang digunakan juga oleh dinasti Sailendra) diperluaskan,nama kerajaannya juga ditukar kepada Sriwijaya Mala.

Raja besar ini kononnya gugur di Teluk Madura dalam misi penaklukannya ke atas Kalinga atau Jawa Tengah selepas berjaya menawan Palembang (Prasasti Kedukan Bukit).Pusat pemerintahannya juga dipindahkan dari Sri Wijaya Mala ke Palembang manakala nama Sri Wijaya Mala pula diubah kepada Medang Bhumi.

Semasa hayatnya, pemerintahan Medang Bhumi diserahkan kepada cucunya bernama Sanjaya setelah dia sendiri memindahkan pusat pemerintahannya ke Palembang. Sanjaya mewarisi kegemaran datuknya,suka meluaskan tanah jajahan dan hasilnya Terengganu,Pahang,Kedah,Segenting Kra,Kemboja,Burma dan Vietnam berada di bawah taklukannya.Dari nama Sanjaya inilah munculnya nama 'San-fo-tse' oleh para pengembara China pada masa silam.

Kaitan antara orang Kelantan dan Jawa masih dapat dilihat dari budaya mereka seperti:

1-Kain batik
2-Wayang Kulit


Jika kita melihat senibina awal Asia Tenggara,mereka membina candi menggunakan batu gunung yang dipotong (batu hitam).Candi-candi di Jawa dan Kemboja menggunakan batu-batu gunung ini.Teknologi bata (brick) pula dipelopori oleh Kedah Tua (penemuan dandang membakar batu-bata di Lembah Bujang) dan juga digunakan oleh Kerajaan Pagan di Burma dan Ayutthia.Hanya candi-candi Khmer dan di Pulau Jawa sahaja ketara menggunakan batu-batu gunung yang dipotong.Dari sini kita dapat melihat persamaan antara senibina di Jawa dan Kemboja.

Kita maklum bahawa Chenla pernah ditakluk oleh Sailendra yang ketika itu rajanya memegang gelaran 'Maharaja Zabag' oleh pedagang Arab.Kemudian ramai kerabat dirajanya dibawa ke Jawa.Salah satunya ialah Jayavarman II yang masih kecil, yang kemudiannya menubuhkan empayar Angkor.
Kini terdapat dua dinasti Melayu yang amat berkuasa di Asia Tenggara;Sriwijayamala dan Sailendra.Sailendra menguasai Jawa sementara Sriwijaya menguasai semenanjung dan Sumatera.Sriwijaya juga menguasai istana Angkor melalui Sri Dharmaraja.Semua ini berlaku sebelum kuasa Thai dan Annam (Dai-Viet) menjadi dominan di Indochina.Riwayat-riwayat Kemboja ada menyentuh tentang pergeseran antara dua dinasti terulung ini.Beberapa serangan dari Jawa ada dilaporkan dalam riwayat Champa dan Kemboja untuk mengurangkan hegemoni Sriwijaya yang semakin mendominasi perdagangan laut.
Namun pada suatu hari yang bertuah itu,dua dinasti teragung ini menjalinkan tali persaudaraan.Kenangan silam suka-duka di Segenting Kra mengimbau kembali.Melalui perkahwinan diraja,dua dinasti pemerintah Asia Tenggara ini bergabung untuk menguasai khazanah perdagangan maritim antara India dan China;antara Timur dan Barat.

     "lamun batinah Putari Kambang Murna namanya,
lamun lanangn Matari Singa Jaya Himat namanya.Lama
     lama baranak lanang; Matari Singa Jaya
      Mat, dari ratu, lami lami bangsa Malayu..."

(Matari Singa Jaya Himat Copperplate, Palembang, Indonesia)

Deru angin dari pantai menghilangkan debar di dada.Nun jauh di lautan Sana, terdapat rahsia yang diidam-idamkan kawan dan lawan.
Tabut rahsia telah ghaib dari pandangan.Kisah seorang tua dengan cucunya,gadis aneh yang menjaga peti-peti misteri di dalam gua lenyap dalam kabus pagi.

Semua ini ibarat 'puzzles' yang bila anda mampu mencantumkannya dengan sempurna,anda akan melihat 'sesuatu' di sana.

Semua rahsia jika anda sanggup menjejaknya lebih jauh ke masa silam,anda akan bertemu dengan mitos puak-puak Lemuria.Beribu-ribu tahun dahulu,sebelum pembinaan piramid di Mesir Purba,suku-suku Lemur mula bertebaran ke timur dan barat dari Lautan Pasifik selepas kenaikan aras laut menenggelamkan peradaban mereka.Di antara suku Lemur tersebut,terdapat satu puak yang menduduki kelas pemerintahan Lemuria.Puak-puak ini menghasilkan garis keturunan aristokrat yang memerintah Lemuria berabad lamanya.




"Akulah cicit Maharaja Bukit Siguntang itu.
Titisan darah iskandar zulkarnain juga mengalir ditubuhku

Bapaku bernama Sakranta,
pemerintah Empayar Jawaka,
Berketurunan dari negara Medang Gana dan Langkasuka
Di akhir abad pertama masihi.

Keturunan ku dari susur galur Empayar Jawadwipa
Suwarnabhumi ( Semenanjung emas) juga jadi sebutannya,
Dari situlah munculnya tamaddun bangsaku:
Al-Jawiyun nama gelarannya,
Tanah jawi tempat asalnya.
Kemuncak zaman keagunganku di abad ke 13.

Pada 1339,bersama sahabatku Gajah Mada,
Kurangkumkan negara diutara semenanjung swarnabhumi,
Campa,Kemboja dan Samudera - Pasai,
Bersatu di bawah Empayar Chermin.
Yang gah bernama Nusantara.

Inilah silsilah keturunanku:

Anakku Raja Bharubhasa ,putera sulungku,
ku beri gelarannya Sultan Jiddah,
Sultan Mahmud shah juga gelarannya.
Langkasuka negaranya.
Bersemayam gagah di Kota Mahligai,
Mengusir jauh Raja Bersiong,
Lalu menakluk Gangga Negara.
Bergabung dengan Mapahit dibawah Gajah Mada,
Untuk kegemilangan Pamalayu Kertanegara di Nusantara.
Lalu menakluk Champa,Kemboja dan Samudera,
Menjadi Empayar Chermin yang terkemuka.
Anakku ini katanya mangkat 1362,
Namun kutahu putera perkasa ku ini ghaib begitu saja.
Kalau mangkat dimana makamnya?

Cucuku Raja Baharun anakanda Raja Barubhasa menakluki Tiktawilwa
Lalu Tiktawilwa ditukar namanya kepada Singa Negara,
Cucu cicitnya kini menyebutnya Senggora atau Songkla.

Cucuku Raja Ibrahim anakanda Raja barubhasa
itulah digelar Pra Ong Mahawangsa,
Dialah nenek moyang raja raja kedah kini.

Cucuku Raja Tanjung Pura anakanda Raja Barubhasa
Atau digelar Sultan Baki Syah
Raja Cermin juga gelarannya.
Keturunan kesultanan kelantan dan Champa
adalah darinya.

Anakku Singa Dhiraja,putera ku yang kedua,
Ku beri gelarannya Sultan Sulaiman Syah,
Langkasuka lama atau Wurawari negaranya,

Cucuku Raja Negeri Mahligai anakanda Singa Dhiraja
Juga digelar Phya Kurub Mahayana

Cicitku Sultan Ismail Syah,anakanda Raja Negeri Mahligai
Juga digelar Phya Tu NakPa
Darinya bermulanya kerajaan Patani Darussalam.
Cicitku inilah sultan pertama menyebut shahadat dibumi nusantara,
Lalu digelar Sultan Ismail Zilullah Fiil-Alam.
Yang bererti bayangan Allah di mukabumi.

Puteri sulung ku Puteri Urduga,
ku beri gelarannya Cik Siti Wan Kembang.
Tanah Seindah Sekebun Bunga negaranya.
Terpahat namanya di Batu Bersurat Minye Tujuh di Aceh
Tertulis di situ “Warda Rahmatullah berketurunan Barubhasa,
mangkatnya pada jumaat 14 zulhijjah 781 hijrah
bersamaan 1380 Masihi.

Puteri Sadong anak angkatnya,
Juga ghaib hilang entah dimana.

Puteriku yang kedua Puteri Chendana,
Kukahwinkan dia dengan Sultan Malikul Zahir
Iaitu cucunda kepada Sultan Malikul Salih
atau Merah Silu,Sultan lagi wali yang tersohor itu.
Dari keturunan keduanya kah lahirnya Al-mahdi itu?
Yang memiliki titisan darah dan nasab keturunan
Hingga kepada Rasulullah dan dari iskandar Zulkarnain
Yang terkumpul padanya dua kekuatan
Kekuatan Rohani dan Fizikal
Yang akan membawa panji hitam dari timur
Panji kebenaran diakhir zaman


Puteriku yang ketiga Puteri Linang Cahaya.
Kukahwinkan dia dengan Syed Hussien Jamaluddin Kubra,
Dari keturunan keduanya lahirlah Syed Ali Nurul Alam
Yang juga digelar Sultan Qumbul atau Patih Gajah Mada,
Merupakan moyang kepada wali songo yang ternama itu.
Dari keturunan keduanya kah akan lahirnya Bani Tamim itu?
Yang disebut pembantu Al-Mahdi di akhir zaman.


Akulah Sangtawal Sakranta….
Aku kembali mencari negaraku yang hilang.
Aku kembali mencari keturunanku yang hilang.
Aku kembali mencari bangsaku yang hilang.
Aku kembali membuka pintalan sejarah dan menuntut kebenaran
Aku kembali mencari politik Pamalayu dari Kertanegara.
Aku kembali mencari Dinar emas bertarikh 577 Hijrah bersamaan 1180M,
Tertulis disitu cop mohor gelaran “Al-Mutawakkil
Cop mohor diraja Kelantan atau Kelathana atau Medang Gana.

Ku selusuri jejak dari Himalaya ke Funan
Dari Maharaja gunung dan Sailendra
Mudik kehilir Sungai Mekong
Menjejak Campa dan Gangga Negara
Mencari Sriwijaya dan Mataram
Memburu perlak hingga ke pasai
Dari Pasai Ke Samudera
Lalu ku mengerti
Mengapa Aceh,Kedah dan Kalathana
disebut serambi mekah

Ingin kutitip kembali kisah secupak dari istambul itu.
Aku kembali mencari Sheikh Said Barsisa dari Pasai yang datang dari Hadramaut itu.
Beliaulah yang berjasa mengislamkan cucuku Sultan Ismail Zillulah Fiil-alam.
Aku kembali mencari Masjid Kerisek misteri itu untuk dikenang.

Aku kembali mencari meriam patani Sri Negara ,Sri Patani dan Mahalela yang hilang ,
Aku kembali mencari keris taming sari yang jatuh didasar lautan
Aku mencari kembali adinda Sheikh Jamaluddin Kubra
iaitu Sheikh Thanaudin ataupun digelar Sang Adi Putra
Aku kembali mencari Hang Tuah, laksamana melayu yang terbilang
Untuk bertanya kenapa katanya “Takkan melayu hilang didunia
Aku mencari Jebat kerana aku kagum dengan semangatmu Jebat.
Aku mencari kitab sejarah melayu itu,
Kitab Sulalatus Salatin yang digubah indah
Oleh Tun Sri Lanang ,negarawan terbilang.
Banyak cerita samar di dalamnya,
haruskah ku ubah,atau haruskah ku uji,
Agar cucu cicitku bisa mengerti.

Aku mencari kitab Mahkota raja raja
Yang dikarang indah pembodek negara
Pengkhianat itu bernama Sheikh Nuruddin
Angkara dialah Sheikh Hamzah Fansuri dihina.
Angkara dialah karya agung fansuri dimusnahkan..
Angkara dialah pengikut fansuri dibunuhnya
Masjid Baitulrahman menjadi saksi
Betapa bencana Tsunami telah menjadi bukti
Masjid ini masih megah berdiri
Berkat daulat dan keramat Hamzah fansuri.

Nah …Kebenaran tetap unggul sepanjang zaman
Demi kebenaran aku datang,
Demi kebenaran aku berjuang.
Kerana sejarah itu kebenaran zaman
Sejarah ditulis oleh yang menang,
Putih katanya putihlah sejarah,
Hitam katanya hitamlah sejarah.
Agar cucu cicitku keturunanku
tidak menelan mentah cerita lama

agar cucu cicitku mengerti
agar mereka menilai segalanya
dengan akal dan mata hati

Mana penglipur lara itu yang memutar sejarah.
Mana penglipur lara itu yang mengubah cerita,
Mana dia tok selampit itu yang memadam sejarah.
Mana dia tok dalang wayang kulit itu yang bijak bersandiwara.
Mana dia juara tukang dikir itu yang mempesona .
Mana dia saudagar sejarah,
Mana dia peniaga bangsa.
Mana dia tetamu yang tak diundang
Musafir bermukim dibawah naugan payung mahkota

Telah lupakah dikau asal usulnya dimana
Tidak bersyukur setelah tidak diminta upah ufti atau dinar emas
Apa lagi untuk berterima kasih atas penghormatan Sang Penguasa
Mengadu domba, meminta betis setelah diberikan paha
Lalu bertanya erti ketuanan
Siapa itu ketuanan Melayu katanya
Apakah sewaktu datang mu dulu
negara berdaulat ini tidak beraja tidak bertuan?
sedangkan kakimu yang berpijak itu adalah atas bumi berdaulat
mana ada ketuanan rakyat?
Sekali lagi mereka cuba menipu sejarah
Namun bila panji kebenaran tertegak
pasti
Cerita dongeng mereka akan berselerak

Bukalah kembali hikayat raja-raja Pasai.
Didalamnya tercatat jelas sabda junjungan
Wasiat Rasul dikeji jangan
Kebenaran pasti datang dari bumi Samudera- negeri dibawah angin
Yang bernama Nusantara.

Mana zuriat keturunanku yang pernah hilang
Mana dia bangsa jawiku yang terbuang
Mana Empayar melayur yang hilang
Mana Empayar Cermin yang pernah terbilang
Moga ketemu diakhir zaman
Moga bersatu diakhir zaman
Moga menang keakhir zaman
Bersatu dan Bangkitlah wahai melayu Islam PAS,
melayu Islam UMNO,
dan melayu Islam PKR
Usah khianati Bangsa kita Sendiri
Bangkitkan dan tegakkan Empayar Khalifah
Kibarkan Panji panji Allah dari Timur ini"


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.