Masa Itu Nyawa Pinjaman Allah

Monday, October 10, 2011

ANAK MELAYU JANGAN MUDAH LUPA AGAMA

ANAK MELAYU JANGAN LUPA AGAMA
    Mungkin agama jawi merujuk kepada agama dianuti bangsa tersebut
iaitu bani jawi sama seperti apabila seseorang memasuki islam
digelar masuk melayu juga..

Agama Samawi iaitu agama dari langit merujuk kepada yahudi,kristian dan islam adalah agama yang sama pada asalnya iaitu menyembah yang maha Esa..

Agama langit disebut dalam istilah Arabnya, al-adyan as-samawiyyah, yang bererti agama-agama langit.

Ia adalah istilah keagamaan yang dirujukkan kepada Allah, yang diturunkan kepada manusia, berasaskan kepada wahyu yang sahih pada mulanya. Ia diturunkan kepada rasul-rasul yang dilantik Allah, untuk menerima dan menyampaikan wahyu tersebut kepada manusia tanpa ditokok dan ditambah.

Mengamal kitab-kitab Allah SWT memang ada perbezaan. Perbezaan dari segi istilah dan nama yang dimaksudkan kepada sesuatu kitab itu. Seperti Kitab Zabur, diturunkan kepada Nabi Allah Daud a.s. disebutkan Allah dalam Surah an-Nisa, ayat 163. Manakala Kitab Taurat diturunkan kepada Nabi Allah Musa a.s. dicatat dalam Surah al-Maaidah, ayat 44.

Kitab Injil yang diturunkan kepada Nabi Allah Isa a.s., dinyatakan dalam Surah al-Maaidah, ayat 46 dan al-Quranul Karim diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w., disebut dalam Surah al-An'am ayat 19.

Memang nama-nama kitab Allah tersebut berbeza, namun inti pati sebenar daripada kitab itu tidak berbeza. Kitab-kitab itu membawa mesej yang sama dan yang paling asas adalah semua kitab memperkenalkan Allah sebagai Tuhan Yang Sebenar, Yang Maha Esa, Maha Berkuasa, Maha Bijaksana yang menjadi pencipta alam ini.

Dia (Allah) sahaja yang wajib disembah. Allah yang sama tidak pernah berubah, maka kerana itu wahyu-Nya pada umumnya tidak berubah pada perkara-perkara pokok. Wajiblah manusia seluruhnya beriman dengan Allah dengan melaksanakan tuntutan yang wujud dalam kitab-kitab tersebut tanpa dirubah dan dipinda.

Seluruh Rasul-Rasul dari Adam a.s hingga kepada Muhammad s.a.w, mengajak manusia beriman kepada Allah Yang Esa, dengan mematuhi perintah-Nya serta menjauhi larangan-Nya.



Begitu juga batu bersurat Terengganu, batu bersurat tertua di dalam bahasa Melayu yang ditulis menggunakan Huruf Arab (Huruf Jawi) menyebut Sang Dewata Mulia Raya iaitu merujuk kepada Yang Maha Esa..

malah agama hindu itu secara asalnya adalah agama nabi ibrahim yg diselewengkan.
Istilah Hindu memiliki definisi geografis yang merujuk pada keadaan orang yang menghuni daerah sekitar sungai Sindu, atau merujuk pada orang yang tinggal di tanah dan air sungai Indus. Menurut para ahli sejarah, kata Hindu pertama kali digunakan oleh orang Persia ketika mereka datang ke India melalui jalan sebelah barat laut gunung Himalaya. Menurut Encyclopedia tentang etika dan agama volume 6, referensi no 699, bahwa dalam setiap literature India juga dalam Kitab Suci-nya kata Hindu tidak pernah disebutkan.

kaum hindu yang menganut ajaran ibrahim lanats diberi nama agama hindu mengikuti bangsanya..
bagaimana ajaran ibrahim boleh sampai kenegeri india...
sama seperti artikel lepas.

mungkin istilah agama islam itu berbeza mengikut bangsa dan bahasa yang digunakan tapi pada dasar adalah menyembah yang maha esa
maaf kalau saya tersilap mohon diperbetulkan
__________________
Imam Malik R.A meriwayatkan:
"Bahawa ilmu yang sebenar adalah bukan dengan mengetahui banyaknya hadis, mengetahui semua Quran dan sebagainya. Ilmu sebenarnya adalah "NUR" (cahaya) yang Allah letakkan didalam hati para mukmin dan inilah perbezaannya dengan MUNAFIK."

antara pendapat yg menarik untuk dikongsikan bersama....

Fakta pertama yang perlu di fahami oleh semua pembaca adalah Bible tidak merujuk kepada Injil semata-mata. Sebaliknya, Bible adalah kompilasi kitab-kitab samawi dan suhuf terdahulu; Taurat, Zabur dan Injil yang telah diubahsuai.
Jadi nak tanya, kenapa kita perlu mengkaji kitab Bible ni? Pembaca semua, tak lain tak bukan, kita kena kaji untuk memelihara diri kita dari penipuan orang-orang Kristian dan yang keduanya sebagai satu strategi dakwah kepada orang bukan Islam.
Sebagai permulaan, jom kita perhatikan bagaimanakah susunan dalam Bible. Secara amnya, Bible terbahagi kepada dua Bahagian iaitu Kitab Perjanjian lama (old testament) dan Kitab perjanjian Baru (New Testament). Kitab perjanjian lama merangkumi Zabur, Taurat dan bebrapa suhuf (yang telah diubahsuai). Manakala Kitab perjanjian baru merangkumi Injil (yang telah diubahsuai) dan surat-surat Saint Paul kepada Maharaja Rom.
Setiap Kitab terdiri dari beberapa buku (books) dan setiap buku terdiri daripada beberapa bab (chapters). Setiap bab pula ada bebrapa ayat (verses). Jujur katakan, bagi orang yang pertama kali mengkaji Bible, konfirm pening kepala sebab susunnya yang berbeza dengan susunan Al-Qur'an. Tetapi, dengan sedikit latihan, perkara ini akan menjadi mudah.
Adalah sangat bijak jika para pendakwah mengenali dulu fahaman yang dianuti oleh orang kristian yang hendak didakwahkan. Ini sebab bukan semua orang Kristian mengamalkan Old testament, tetapi, semua orang Kristian mempercayai New Testament. Jadi, tunggu apa lagi, ayuh mari kita mengkaji untuk menyebarkan Islam

dan ini juga
sebenarnya mereka dah letak sihir-sihir tertentu yang akan berjangkit pada kita kalau kita baca.
anda berasa hairan. Ada sihir? Hm… pelik juga. Dah ramai orang Islam yang mengkaji tentang perbandingan antara agama diluar sana tetapi iman mereka tak goyah pun. Tak ada pun mereka ni ‘disihir’ sehingga rela dibaptiskan dan sebagainya.
Kita tak pernah dengar cerita yang As-syahid Rashid Khilafa, Ahmad Deedat , atau yang paling mutakhir, pengkaji antara agama rakyat Malaysia sendiri, iaitu Saiful Effy masuk agama Budha ke, Hindu ke, Kristian ke. Malah, kerana kajian-kajian mereka ini, telah ramai orang yang masuk Islam.
Sebenarnya, kita di Malaysia duduk dalam bayang-bayang sendiri. Apa faktor yang buat kita takut untuk mengkaji agama lain? Kalau kita yakin dengan Dinul Islam, sepatutnya kita tak ada kekhuatiran untuk menjalankan prospek dakwah ni.
Apa yang ingin saya tekankan di sini, kalau anda tak mengetahui asas-asas akidah orang-orang bukan Islam, bagaimana anda nak membuktikan bahawa fahaman mereka itu sudah silap? Bagaimana anda nak menyatakan Islam itu benar jika anda tidak ada satu parameter untuk dibandingkan dengan agama-agama lain? Dan kerana itulah kita sebagai umat islam harus menjalankan kewajipan menyampaikan dakwah bermula dengan membuat kajian perbandingan anatara agama. Fikir-fikirkanlah….

memang membandingkan agama itu perlukan niat serta disiplin tertentu iaitu untuk mencari kebenaran..
bukan menggunakan agama untuk kepentingan dunia dan kemewahan atau untuk dianggap hebat atau berilmu semata2..
ramai juga paderi2 serta mualaf memasuki islam setelah melakukan perbandingan agama yang mendalam dan terperinci..
jadi adakah membandingkan dan mengkaji kitab agama lain itu haram??? sedangkan banyak maanfaatnya serta fardhu kifayah.

begitu juga dengan ilmu sejarah merupakan ilmu fadhu kifayah juga selain ekonomi dan politik, sains dan semua cabang ilmu selagi ia mendatangkan kebaikan dan memperkasakan agama,bangsa dan tanahair.

cuba lihat ilmu politik Ada di antara mereka seolah-olah tersangat alim.Berzikir 24 jam di dalam masjid tanpa mahu mengambil tahu siapakah yang menjadi pemerintah negerinya.Apabila orang kafir harbi naik menduduki takhta politik negerinya lantas meruntuhkan masjid tempat dia berzikir 24 jam dengan alasan untuk pembangunan,maka barulah dia tercengang dan terlompat-lompat ke sana-sini membantah orang kafir tadi.Padahal orang-orang macam mereka inilah yang menjadi bala kepada umat Islam.POLITIK DAN ISLAM TIDAK BOLEH DIPISAHKAN.Bagaimana Islam dapat didaulatkan jika tidak berkuasa dalam politik?Adakah Nabi Isa dan 12 sahabat Hawariyyun dapat mempertahankan dirinya ketika penyerbuan askar Pilatus,ketika Nabi Isa hanyalah seorang agamawan sahaja.Tetapi lihat Nabi Muhammad s.a.w,yang digeruni lawan dan kawan.Baginda bukan sahaja seorang ahli agama bahkan seorang negarawan dan ahli politik yang terbaik.Siasahnya bijak,sikapnya terpuji.Apabila ada sahabatnya dibunuh ketika menjadi utusan dakwahnya,baginda berkuasa mengerahkan angkatan perangnya memerangi pengkhianat tadi.Tetapi adakah Nabi Zakaria misalnya mampu menahan dari pengejaran orang-orang kafir sehebat Nabi Muhammad?Akhirnya Nabi Zakaria wafat digergaji batang lehernya akibat tidak mempunyai kuasa sepicing pun dalam politik Bani Israel ketika itu.Fikir-fikirkan.Tidak rugi anda berfikir sejenak DEMI KEBENARAN.Sampai bila anda hidup dalam matrix palsu ini dengan penuh kepura-puraan.


*
Selain itu ingin dijelaskan bahawa apabila seseorang itu menghukum orang lain sebagai salah, maka tidak dapat tidak ia terbuka kepada empat kemungkinan:
1.Orang tersebut memang salah.
2.Berlaku salah faham (miscommunication & misunderstanding) sehingga apa yang benar dianggap salah.
3.Ilmu orang yang menghukum lebih rendah daripada ilmu orang yang dihukum. Perbezaan tahap ilmu ini menyebabkan apa yang benar dianggap salah kerana orang yang menghukum itu tidak mampu mencerna apa yang disampaikan oleh orang yang dihukum.
4.Wujud kedengkian sehingga sengaja menghukum salah sekalipun dalam hati diakui kebenarannya.
Oleh itu sebelum seseorang itu menghukum orang lain sebagai salah, hendaklah dia terlebih dahulu mempertimbangkan empat kemungkinan di atas. Kemungkinan keempat tidak sepatutnya berlaku manakala kemungkinan pertama mungkin berlaku. Namun yang lebih lazim berlaku adalah kemungkinan yang kedua dan ketiga.
*
__________________
Imam Malik R.A meriwayatkan:
"Bahawa ilmu yang sebenar adalah bukan dengan mengetahui banyaknya hadis, mengetahui semua Quran dan sebagainya. Ilmu sebenarnya adalah "NUR" (cahaya) yang Allah letakkan didalam hati para mukmin dan inilah perbezaannya dengan MUNAFIK."

Antara pendapat mengatakan agama mistik atau spiritual di atas muka bumi ini ada 2 iaitu Hindu dan Yahudi. Pada zaman silam, khasnya di Kepulauan Jawa, Islam berkembang dengan cepat kerana peristiwa-peristiwa kalahnya para sami mistik Hindu bila berhadapan dengan para pendakwah Islam (orang ramai sebut sebagai para wali).

Apakah yang dimaksudkan dengan "mistik atau spiritual" bagi 2 agama (Hindu dan Yahudi) ini? Ia adalah ilmu sihir, berbagai cabang, dan semua itu berkembang pesat pada zaman Sulaiman AS. Mereka dakwa Sulaiman AS yang mengajarkannya. Sebenarnya Sulaiman AS tidak pernah mengajarkan sihir. Ini dijelaskan dalam Al-Qur'an. Pada zaman Musa AS pun sihir dipraktikkan oleh "sorcerers" Fir'aun dan telah dikalahkan oleh Nabi Musa AS sendiri. Olehkerana Bani Israel (Yahudi ketika ini) sudah menyimpang dari agama Allah SWT, maka mereka sudah tidak ada ilmu "anti-sihir". Apa yang mereka mampu lakukan hanyalah gunakan siihir untuk lawan sihir. Mereka cuba mencari kaum yang tahu ilmu "anti-shir" ini kerana anggap ia masih ada di kalangan "orang Yahudi". Tapi sebenarnya ia sudah tidak ada lagi. Keturunan Ibrahim AS dari isterinya Qatura (Keturah) yang bergelar Bani Jawi (yang mereka kenal sebagai puak yang paling "advance" dari segi ilmu "anti-sihir" sejak berabad-abad lampau adalah penganut agama Islam, bukan agama Yahudi. Wallahua'lam.

Mereka cari "Ophir", bukan semata-mata bangsa yang hilang. "Ophir" bererti Ledang. Mount Ophir bererti Gunung Ledang. Maka kisah Hang Tuah berguru dengan Adi Putra bukanlah semata-mata suatu penglipur lara, insyaAllah, sebaliknya mempunyai hikmah yang mencabar akal-akal bangsa Melayu untuk memecahkan persoalannya. Kita perlu peka mengenai apakah yang dicari oleh Yahudi itu. Adakah emas di Ophir? Atau apa?

Kisah Nabi Musa AS adalah antara kisah yang diberitakan dengan panjang lebar dalam Al-Qur'an. Kisah Musa AS dan Sulaiman AS patut dibaca dan diteliti oleh orang-orang Melayu akhir zaman. Di sana ada banyak petunjuk dan hikmah. Wallahua'lam.

Apakah maksud catat ini? Mungkin, bangsa Melayu dikurniakanNya ilmu untuk "counter" atau kalahkan ilmu sihir yang ada pada orang Yahudi atau mana-mana agama lain. InsyaAllah. Ini cerita antara "tentera Allah" melawan "tentera syaitan". Pada hemat ayahnda, apa yang mereka ada kita ada (cara mengalahkannya). Ini bukan bererti bangsa Melayu amalkan sihir, tapi "anti-sihir". Tidak dinafikan bahawa ada di kalangan bangsa Melayu yang amalkan sihir, tapi pada hemat , itu adalah ibarat buih-buih ketika air bah, dan segala ilmu itu akan terhakis dan digantikan dengan ilmu yang haq (ilmu Allah) bila Melayu kenal siapakah mereka yang sebenarnya. InsyaAllah.

Sebenarnya apakah kelebihan yang ada pada Melayu? mungkin jawapannya terletak pada hakikat bahawa Melayu adalah bangsa yang (trademark nya) beragama Islam dan syaratnya, Melayu perlu meningkatkan iman dan ihsan, agar mempunyai budi pekerti "para wali". dengan Maksud , bangsa Melayu perlu menjadi bangsa muqarrab, dan kekal berada di tahap itu menjelang akhir zaman.

Maka apakah bentuk "perang" yang akan melibatkan bangsa Melayu bagi menentang Yahudi? Ia adalah teknologi "anti-perang" dan teknologi "anti-sihir". Teknologi "anti-sihir" inilah (pada hemat ayahnda) paling ditakuti oleh Yahudi tapi mereka mungkin tidak menduga bahawa teknologi "anti-perang" juga sebenarnya adalah dari intipati "ilmu yang dikurniakanNya kepada golongan muqarrabin". InsyaAllah. "Takkan Melayu HIlang Didunia"

Ada sumber-sumber yang menyebut bahawa Islam sudah bertapak di Nusantara sejak dari zaman para sahabat, maknanya jauh lebih awal berbanding Islamnya kerajaan Demak.pernah terbaca (sumber dari laman Indonesia) bahawa tapak awal berkembangnya Islam ialah di kawasan Pagar Ruyung, Minangkabau, Sumatera.

Benar. Bangsa Melayu silam telah dipengaruhi oleh "mysticism" Hindu. Selain itu, sebahagian bangsa Melayu silam juga pernah menganut agama Buddha, berdasarkan puing-puing di sekitar Bukit Siguntang Mahameru. Dan jangan lupa, ada pula yang menganut "animisme". Kedatangan Islam di Nusantara telah menyatukan orang-orang Melayu dari segi kehendak atau dorongan kerohanian mereka. Semua itu tentukah atas rahmat Allah jua. Dia memperkenankan doa Nabi Ibrahim Khalilullah, bapa kepada orang-orang Melayu, dan Nabi yang (antaranya) dikurniakan mukjizat menyejukkan api yang marak membakar. Wallahua'lam.
__________________
Imam Malik R.A meriwayatkan:
"Bahawa ilmu yang sebenar adalah bukan dengan mengetahui banyaknya hadis, mengetahui semua Quran dan sebagainya. Ilmu sebenarnya adalah "NUR" (cahaya) yang Allah letakkan didalam hati para mukmin dan inilah perbezaannya dengan MUNAFIK."

ilmu adalah untuk di kongsi bersama...
seperti pepatah arab...ilmu bagaikan kemenyan....rugi jika sebesar lutut tidak digunakan, tetapi walau secebis dibakar, semerbak harumnya....

terima kasih kepada tuan tanah yg mengabungkan pelbagai sumber dalam menghurai secara mendalam tentang 'melayu'
saya secara peribadi merasakan tuan bersumberkan dari para karyawan tersohor, baik yang telah pergi dan yang menunggu siapakah antara kita sanggup mengalas cabaran bangsa kita

saya cuma ingin menambah sedikit tentang apa yang saya tahu tentang melayu di zaman silam.
ptolemy(karyawan greek) pernah menyatakan bahawa terdapat satu bangsa di timur jauh(asia) yang bersahabat dengan bangsa arab. mereka mengeluarkan 'kemenyan', satu komoditi yang amat berharga pada masa lampau (bagi yang mahu mencari nota kaki ulasan ini, rujuk kajian robert k. dentan tentang kaum orang asli di malaysia).

saya tersentak apabila tuan mengulas maksud ; Keturah, satu nama yang di sebut dalam injil. ini kerana maksud Keturah itu adalah 'haruman' atau bauan yang lahir dari kemenyan.
jadi ini secara tidak langsung menjelaskan nama keturah itu amat kuat kaitannya dgn bangsa asia yang menghasilkan kemenyan.

tentang pelayaran bahtera melayu dialam nusantara dan hingga pantai afrika...rasanya bacaan kerya allahyarham pak arena wati pasti dapat menemukan siapa sebenarnya melayu di mata bangsa lain...bukan bangsa yang merempat....

juga tentang bagaimana melayu telah diperlekehkan dalam sejarah... lihat saja industri bijih timah perak.
asalnya industri ini dipegang oleh kaum melayu. malah dalam mencari timah, pawang melayu sebenarnya berperanan dalam mencari letaknya timah itu. ilmu yang ada pada pawang itu menjadi pedoman bagi pengusaha timah melayu perak bagi membuka lombong. tetapi kemasukan inggeris dan bangsa cina ke perak telah merubah segalanya dan terjajah sungguh kita dimana ilmu yg mulanya milik melayu hilang ditelan kemasukan kaum lain( sila baca buku Kinta Valley keluaran Perak Academy)

Pernah anda melihat cerita dragon ball?
Anda tahu awan terbang?
Tahu tak apa kenderaan Nabi Sulaiman?
Dah ada jawapan....?
Kenapa tak mengkaji ?

Wahai bangsa melayu...
Ya..hidup kita di planet bumi ni memang sekejap aje...
Dan memang sesungguhnya AlQURAN DAN HADIS merupakan sumber rujukan utama dalam panduan hidup....

Tapi beringatlah...
Tidak semua ilmu itu dihimpunkan dalam kitab Wahyu atau rekod hidup nabi...
Ilmu selebihnya juga perlu dikaji dan berada di luar skop AlQURAN DAN HADIS,
Asalkan semua tujuan kajian,
Semua tujuan manfaat,
Berpandukan garis indicator dari ALQURAN DAN HADIS,
Dengan itu,
Barulah kita tidak sesat sampai mati...

Sebagai contoh...
Ada manusia beragama islam dari kalangan bangsa melayu berjaya menemui banyak planet2 baru yang merupakan ahli2 kepada gugusan sistem galaksi yang juga baru dipertemukan dalam sejarah umat moden hari ini...
Galaksi tu pulak memang tak pernah dipertemukan sebelum ini di mana2 badan angkasa seperti NASA....
Hakikatnya penemuan ini adalah penemuan jujur...
Lalu penemuan ini dibentangkan pada orang ramai...
Dalam ramai2 tu plak ada manusia yang kononnya taksub dengan agama,
Lalu mempertikaikan penemuan ini,
Dengan alasan kononnya tiada dalam rekod ALQURAN DAN HADIS...

Ha...manusia macam diorang ni lah sebenarnya yang dah disesatkan....
Sepatutnya dengan penemuan2 baru inilah, akan mengukuhkan mukadimah dalam ALQURAN DAN HADIS,
bukannya mempertikaikan asal usulnya...
Kalau macam ni sampai cucu kau punya cucu pun hidup dalam kesesatan lah...

Samalah kesnya dengan menunaikan haji ke mekah...
Ada ke tidak dalam HADIS nabi membenarkan kita tunaikan haji dengan berkenderaan seperti menaiki kapal terbang, jet peribadi, atau kapal laut, atau naik pajero merentas negara untuk tunaikan HAJI ?
Sedangkan catatan HADIS menunjukkan NABI MUHAMMAD dan para Sahabatnya, hanya berjalan kaki, menunggang kuda, dan naik unta...
Apakah kita betul2 ikut Sunnah...
Itulah sebabnya nabi pesan,
Hidup kita kalau "berpandukan" ALQURAN DAN HADIS,
Hidup kita pasti tak sesat...

Serupalah juga dengan kes imam membaca khutbah di dalam Masjid pada hari jumaat dengan menggunakan mikrofon...
Pada zaman nabi takde kan?
Habis tu kenapa kita ada-adakan  perkara dan amalan yang nabi sendiri pun tak buat?
Habis tu, dalam Hadis memang takde kan?
Itulah sebabnya nabi pesan,
Hidup kita kalau "berpandukan" ALQURAN DAN HADIS,
Hidup kita pasti tak sesat...

Panduan dan ikutan itu 2 perkara yang lain walaupun hampir sama...
Begitu juga dengan sistem navigasi GPS, Engkau pasang live dalam kereta kononnya nak jadikan "panduan" balik kampung,
Sampai 1 tahap tiba2 GPS kau ni pilih jalan simpang kiri dan lagi jauh pulak... Walhal kau tahu kalau belok simpang kanan terus aje sampai rumah,
Di akhir garisan,
Kau memilih jalan yang kau rasa paling dekat iaitu masuk kanan,
Sedangkan bukanlah dengan memiliki navigasi GPS ini anda pasti tidak sesat...?
Tapi kenapa last2 kita pilih dengan pilihan sendiri?
Anda pasti tahu sebabnya kan?

Begitulah hal nya HADIS DAN ALQURAN...
Begitulah hal nya dengan kehidupan moden kita hari ini.

Begitulah halnya juga saya amat menyokong forum tuan tanah ini.
Dia antara MELAYU yang Allah kurniakan keistimewaan untuk mengkaji,
Samalah halnya macam saya...
Bukan saya nak puji diri,
Tapi penting bagi kau selaku anak MELAYU untuk mengkaji alam semesta ini...

Begitulah juga dengan betapa perlunya kita mengenal sejarah...
Walaupun sumber rujukan itu datang dari kitab2 taurat, zabur, ataupun injil...
Yang pada zaman kita dianggap telah diedit dan diselewengkan...
Atau sumber2 epik yang pernah mengisahkan tentang kecanggihan tamadun silam...
Sudah tentu kisah2 ini dari sumber2 ini samada dari kitab lama, baik yang dicurigai palsu atau pun asli, ataupun senarai epik2 tempatan, tidak terdapat sepenuhnya dalam catatan HADIS atau ayat2 AlQURAN...

Itulah sebabnya bila mengkaji kena relevan dengan kisah dan catatan dalam ALQURAN DAN HADIS... Dan apa yang tuan tanah forum kemukakan ini amatlah relevan... Tidak pun mendatangkan syirik malahan menguatkan lagi keimanan kita pada tuhan yang 1 iaitu Allah...

Kalau kau sebagai pembaca masih nak memberi tindak balas yang dianggap seolah2 menentang... seperti betul ke ni? Mana kau dapat ni? Kau buat cerita ke? Ni kisah israeliyat ni...
Maka sikap kau itu akan memerangkap diri kau di kemudian hari kalau lah hasil kajian anak MELAYU ini dan teori kajian ini akhirnya benar2 terjadi nanti.... pulak2 karang terjadi betul2 masa Nibiru lalu...

Kerana itulah senjata keris hanya terdapat di alam MELAYU...
Dalam banyak2 senjata moden dan purba,
Semua senjata dimiliki semua bangsa,
Tetapi hanya keris sahaja dimiliki bangsa Melayu...

Sebelum aku habiskan komen aku malam ni,
Pergi tanya ulamak atau imam yang paling kau anggap berilmu...
Dan tanyakan pada diorang soalan ni pada dia:
Ustaz...kenapa masa solat, samada solat fardhu atau solat sunat,
Di tahiyat akhir kita ada menyebut nama Nabi Ibrahim?
Kenapa kena pilih nama nabi Ibrahim, kenapa tak nama nabi lain?

Kalau kau rasa dah puas hati dengan jawapan ustaz tu...
Sepatutnya kau faham apa kaitannya Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad,
Apa kaitannya dengan Hajar & Sarah,
Dan semestinya betapa pentingnya perbezaan Nabi Ishak & Nabi Ismail...

Dan secara otomatiknya anda pasti tahu,
Asal usul bangsa Arab dan asal usul bangsa yahudi...

Seterusnya...
Kenapa kita dari kecil kita hampir tak pernah mendengar yang rupa2nya Nabi Ibrahim ada bini yang no.3 yang bernama Qatura (Keturah) ...?

Dengan mengkaji dan memahami sejarah walaupun tak semuanya diceritakan balik dalam ALQURAN dan catatan HADIS,
Maka dari titik inilah...
Anda akan tahu di mana darjat dan tingginya bangsa Melayu,
Dari mana keturunannya,
Dan dari mana asal usulnya,
Lebih2 lagi kalau bangsa Melayu itu agamanya Islam...

Ingat..-saya akan bagi petua jangkitan syaitan...
Senang sahaja...
Bila sampai 1 berita yang membenarkan agama Islam tapi hati kita terus ragu2,
Samada berita itu hasil dari pembacaan kita atau dari sumber berita,
Kalau ragu2 itu muncul,
Percayalah yang sebelah anda ada lebih dari seekor syaitan...
Dia akan sentiasa meragukan hati manusia...

Kerana perasaan ragu2 dan was2 itu datang dari bisikan syaitan,
Sedangkan iblis itu musuh yang nyata bagi manusia...

Wassalam.

Bayangkan perlabuhan klang itu dijelmakan dalam bentuk sejauh di zaman kegemilangan MELAYU melaka dulu...
Bagaimana mereka handle kapal nak longside kat perlabuhan...?
Bukan 1 biji,
Tapi beratus buah kapal...
Bukan dari 1 negeri,
Tapi dari banyak negara...
Kau ingat senang nak uruskan?
Siapa uruskan teknologi tu kalau bukan anak MELAYU?
Sebelum diorang maju tu,
Siapa yang ajar diorang....?
Takkan still nak rujuk bulat2 HADIS dan ALQURAN sebagai sumber sejarah semata2 tanpa keREVELAN nannya...

Itulah bezanya manusia yang berilmu dengan orang yang jahil.
Allah bentangkan selebar2nya minda manusia yang ingin mengkaji... Asalkan hasil kajian nya itu berlandaskan panduan ALQURAN DAN HADIS SUNNAH. Yang akhirnya mereka kekal hidup dan akhirnya mati dalam Jalan yang lurus...

Yang jahil pasti sentiasa bangkang dan bangkang dan kesan taksubnya pada perkara yang tidak searah dengan hal yang relevan menyebabkan hidupnya kekal pada level dan minda sempit lagi ketat dengan kitaran yang sama, sedangkan bencana besar itu semakin dekat dengan dirinya.

Semoga kita umat islam sentiasa dilimpahi rahmat dari dunia sampai akhirat dengan rezeki nikmat dan berkat hasil bimbingan Nabi MUHAMMAD s.a.w.



No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.